Sana sini orang memperkatakan kecanggihan Pintasan Saloma (Saloma Link) yang memendekkan perjalanan dari Kampung Baru ke KLCC.
Sementelah lagi reka bentuknya unik yang mengambil ilham sirih junjung iaitu seni gubahan adat Melayu menjadi daya tarikan terbaharu pelancong dan juga rakyat Malaysia sendiri.
Bagaimanapun, seorang warganet telah mempersoalkan rekaan kain rentang (banner) yang sangat buruk, tidak sepadan dengan bajet yang telah diberikan kepada jejantas tersebut.
FB
Melabelkan kain rentang itu seperti direka oleh budak tadika, ia sudah menjelaskan yang tiadanya kepakaran dalam proses menyiapkannya. Dengan meletakkan gambar pintasan itu sendiri sebagai gambar latar belakang menampaknnya ianya seperti belang-belang serta penggunaan huruf itu sendiri yang tidak kena.
Status tersebut mendapat perhatian warganet lain yang beranggapan bajet sudah dihabiskan kepada jejantas menyebabkan staff yang tiada kena mengena terpaksa membuat 'banner' tersebut atau pun memang pereka grafik tetapi dengan ayat "tolong".
Ada pula yang mengaitkan dengan faktor politik, bahawa kerajaan BN yang menyiapkan projek ini sementara poster pula disiapkan oleh kerajaan PH.
Google
Dan ada juga yang membandingkan 'banner' hari keluarga mereka lebih lawa dari kerajaan.
Google
Bagaimanapun, ada yang juga menyatakan ianya sekadar 'banner' dan bukannya orang yang datang mahu bergambar dengan 'banner' tersebut. Jadi, tiada salahnya jika rekaannya buruk.
Walau apa pun pendapat yang diutarakan, ianya telah menjadi mercu negara dan pastinya tempat untuk sesiapa pun merakamkan kenangan di sini. Jadi, bila kita nak ke sana? - CARI
|