Menurut laporan Harian Metro, Sajat dikhabarkan telah pulang ke tanah air, sehari lebih awal dan telah tiba di Malaysia kira-kira jam 5 pagi tadi.
Meskipun menerima banyak kritikan daripada netizen, Sajat mula menukar privasi Instagram miliknya kepada umum dan telah memuat naik gambarnya ketika di tanah suci. Namun begitu, ruangan komen tidak pula dibuka. Mungkin tidak bersedia dikecam oleh netizen kot?
Kawan dan juga merangkap PA kepada Sajat yang mesra disapa sebagai Mokkay telah mengeluarkan statement di Instagram miliknya malam tadi. Menurutnya, dia bangga menjadi tetamu Allah dan telah mengambil peluang tersebut meskipun dirinya belum sempurna.
Kredit foto: Carian Google
Tambahnya lagi, segala urusan mereka telah dipermudahkan sepanjang berada di sana dan turut mendoakan orang lain akan mendapat peluang yang sama sepertinya.
Namun begitu, netizen tetap dan masih galak mengecam tindakan mereka yang memilih untuk berpakaian seperti wanita sepanjang di tanah suci.
"Sedarlah sikit ko tu jantan"
Terdapat netizen yang bertindak memaki hamun dan menegur Sajat dan rakan-rakan dengan mengatakan bahawa umrah mereka tidak sah kerana memakai pakaian berjahit.
Mokkay kemudian membalas hujah netizen dengan memberi penjelasan bahawa mereka telah membayar dam dan telah diberi kaunseling.
Namun,tiada pula penjelasan secara terperinci mengenai perkara ini daripada pihak Sajat mahupun Mokkay. Netizen pasti tak sabar menunggu penjelasan sebenar daripada pihak mereka. Dah tak larat kecam ni Sajat! - CARI
|