Bila kita berkunjung ke pusat membeli belah, selalu kita lihat ada jualan kereta.
Pernah tak korang terfikir bagaimana kereta boleh memasuki ruang pusat membeli belah?
Kredit foto: Gambar Hiasan Ihsan Google
Ada netizen yang fikir kereta ini dibawa turun dari bumbung atas menggunakan jentera, tali atau helikopter.
Kredit foto: Gambar Hiasan Ihsan Google
Rupa-rupanya caranya begitu mudah sekali. Seorang konsultan jualan di Proton merungkaikan persoalan ini.
Kereta dimasukkan melalui pintu utama atau pintu belakang pusat membeli belah dengan syarat, tiada lagi pengunjung ketika itu.
Konsultan tersebut turut berkongsi video mengenainya.
Ciapan ini mendapat pelbagai reaksi warga maya.
Ingatkan masuk ikut atap
Kredit foto: Twitter Lala Proton
Begitu rupanya. Yang pasti bukan calang-calang oranglah pemandu yang bawa masuk kereta tu. Memerlukan kemahiran memandu yang baik sekali terutamanya memandu di kawasan sempit. - CARI
Kredit - Twitter Lala Proton
|