Ontario Canada, seorang pelajar sekolah tinggi bernama Mollie O'Brien cuba untuk menghiburkan sepupunya dengan memasukkan harmonika, sejenis alat muzik tiupan ke dalam mulutnya.
Dia berjaya melakukannya, cuma masalahnya tidak dapat mengeluarkannya semula. Harmonika tersebut tersangkut di antara kedua pipinya menyerupai filter Snapchat yang hodoh. Dalam fikirannya, sama ada dia mati dalam keadaan memalukan atau mengakui sahaja kesilapannya.
Video TikTok menunjukkan montaj lirik "I just did a bad thing, I regret the thing I did, and you're wondering what it is". Dia menulis pengakuannya dalam video itu yang dia telah memasukkan harmonika itu dan tersangkut di dalam mulutnya.
Mollie bergegas ke hospital dan telah dirujuk ke klinik pergigian untuk menggunakan peralatan khas untuk membuka mulutnya sebesarnya dan mengeluarkan harmonika tersebut.
Menakjubkan, klip TikToknya telah ditonton oleh 1.7 juta. Mollie mengakui jika dia berasa panik, dia akan mengalami kesukaran bernafas dan semakin kuat bunyi harmonika tersebut. Dia juga menyangka ibunya akan memarahinya, sebaliknya ibunya cuma terkejut kerana dia telah membesarkan "budak pelik".
Selepas 30 minit kemudian, kesakitan di mulutnya reda. Apabila doktor gigi telah berjaya mengeluarkan peti suara alternatifnya, dia hanya menasihatinya:
"Jangan lakukan ini lagi, OK?"
Syukurlah Mollie tidak mengalami kerosakan kekal - kecuali malu yang diabadikan selama-lamanya dalam talian. - CARI
nasib baik la aku jnis konservatif lagi..last main wechat b4 kawen..skang cuma ade ig, whatsapp n telegram je..twitter fb da xde download..smule, snapchat tiktok memang xpenah la..