"Saya tak ada masa nak pedulikan kata-kata negatif orang sebab bagi saya kalau fikirkan tentang itu, memang tak hiduplah kita."
Tegas betul kata-kata daripada penyanyi dan pelakon Azza Elite mengenai sikap segelintir individu yang suka merendah-rendahkan orang lain. Walaupun dia kesal dengan situasi terbabit, namun ianya sudah menjadi lumrah manusia yang tidak boleh melihat kesenangan atau kebahagiaan orang lain.
IG
Bercakap kepada portal Astro Gempak, Azza menjelaskan yang dia ada mendengar orang melabelkan artis sepertinya 'artis second class", tiada pilihan dan sebagainya. Tetapi itu semua tidak dipedulikan kerana mahu hidup lebih bahagia.
IG
Label artis kelas kedua yang diterimanya mungkin kerana menjadi duta minyak wangi serta sentiasa terlihat di mana-mana.
"Terus terang saya cakap yang saya menerima tawaran pihak minyak wangi ini kerana bayaran yang mereka berikan profesionalisme mereka dan produk itu sendiri."
Bagi Azza, itu adalah rezeki dia dan keluarganya. Jadi, kalau ada orang mengata pun, biarkan sahaja kerana yang penting dia mampu membahagiakan keluarganya.
"Kalau kita susah, orang yang cakap banyak tu tak tolong kita pun. Saya hanya berdoa agar rezeki saya tak putus supaya boleh bantu ibu dan bapa saya."
ig
Takpala Azza, yang penting rezeki tu halal. Kalau nak difikirkan mulut-mulut orang tu memang tak menjadi kerja kita. - CARI
|