Sebaknya. Pelakon Louisa Chong atau nama Islamnya, Louisa Alissa Chong Abdullah berkongsi pengalamannya menjaga suami tersayang yang menghidap angin ahmar sehingga koma.
Perkongsian itu dimuat naik menerusi saluran YouTube, JayIbrahim Al Islam pada Disember lalu.
Dalam video itu, turut dikongsikan perjalanan beliau sepanjang menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci.
"Suami saya menghidap tiga strok dan ia sangat serius sehingga muntah darah dan akhirnya koma. Ketika dia koma, saya tak tahu nak buat apa," kongsinya.
Pelakon berusia 64 tahun itu tidak mahu meminta simpati orang ramai dan ingin membuktikan bahawa mampu berdepan cabaran tersebut meskipun baru saja bergelar saudara baru (muaalaf).
Jelasnya, dia tetap reda dengan ujian Allah dan tidak mahu meminta simpati dari mana-mana pihak meskipun bergelar seorang selebriti.
"Saya tak kata saya seorang yang alim, tapi saya percaya sebagai seorang muaalaf saya tak pernah putus asa dan ketika itu saya reda jika Allah nak tarik nyawa suami saya," katanya sebak.
Mahu menjadi seorang hamba Allah yang kuat, anak kelahiran Perak ini bersyukur kerana dengan berkat doa dan kesabaranya selama ini, suaminya kini mampu berjalan secara perlahan-lahan.
"Syukur alhamdullilah kerana selama ini Allah jaga suami saya. Dengan kuasa Allah, sekarang dia boleh berjalan dan boleh datang ke Tanah Suci."
Kehidupan di dunia ini memang penuh ujian. Ingatlah, ujian datang adalah untuk meningkatkan martabat seorang insan di sisi Tuhan. - CARI
sebak meolls tengok malam tadi kat youtube.... meolls berharap satu hari nanti Marion Caunter akan sebegini juga... *dalam pada aku panggil dia kudapadi
bagusnya auntie louisa ni jaga husband sakit teruk smpai pulih.sabarnya dia.
jaga org strok ni awal2 ok lagi msuk 2/3 bulan masyaallah emosi pesakit tu mahadasat jadinya habis kite yg tkg jaga ni pom terbabas emosi kdg2.
tapi mungkin tak semua la kot pesakit beremosi