"Sekiranya ia benar, bertaubatlah wahai insan. Tanah haram adalah tempat mulia, Allah pasti lindungi dari benda haram."
Itu kata-kata dipetik dari Instagram pendakwah kontroversi Abu Sufyan Mokhtar.
Kredit foto: IG
Pesanan Pencetus Ummah (PU) Abu itu dipercayai ditujukan buat usahawan Nur Sajat yang dengan berani tampil menggunakan pakaian wanita ketika menunaikan umrah bersama keluarga.
Bersama entri itu, PU Abu turut berkongsi paparan skrin Sajat diburu pihak berkuasa di Makkah dan penahanannya di Jeddah.
Kredit foto: IG
Kredit foto: IG
Bagaimanapun, beberapa warganet dilihat tidak berpuas hati dengan perkongsian PU Abu itu dek kerana diri sendiri terpalit kontroversi rumah tangga.
Kredit foto: IG
Sementara itu, Berita Harian mengesahkan Muhammad Sajad Kamaruzzaman sudah dibawa keluar dari Tanah Suci.
Bagaimanapun, Jurucakap Albayt Travel (M) Sdn Bhd berkata, kedutaan di Arab Saudi belum mengesahkan mengenai berita usahawan itu ditangkap polis.
Kredit foto: Harian Metro
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof turut tidak terkecuali menzahirkan rasa kesalnya dengan tindakan Sajat yang telah menjejaskan imej negara dan Islam.
Kredit foto: Harian Metro
Menurut laporan, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai isu jantina Sajat.
Kredit foto: IG
Adakah 'misi' kali ini akan membongkar pembohongan Sajat, atau isu ini akan 'tenggelam' begitu saja seperti kes JAKIM sebelum ini? - CARI |