Kredit foto: Instagram Nora Ariffin
Umum pasti sudah sedia maklum kematian mengejut anak kedua penyanyi Nora Ariffin, Muhammad Syakir Alif Johan pada 15 Disember lalu.
Namun, Nora tidak mendedahkan punca kematian Alif secara terperinci walaupun selepas bedah siasat dibuat.
Terkini, memetik laporan Astro Awani, Nora menyatakan bahawa anaknya itu meninggal dunia kerana kerana faktor genetik.
"Alif meninggal dunia kerana faktor genetik, begitulah lebih kurang. Satu lagi kerana sudah ketentuan ajal," kata Nora.
Menurutnya Nora lagi, soal jodoh serta maut semua rahsia Allah dan tiada siapa dapat melawan kuasaNya.
Begitulah. Semuanya telah pun ditentukan oleh Allah SWT, maka kita haruslah menerima takdir itu dengan ikhlas dan redha.-CARI
|