“Saya sangat kecewa mengetahui keputusan dibuat kerajaan Sabah."
Duta China ke Malaysia kecewa apabila Sabah menggantung semua penerbangan ke Wuhan.
Bai Tian berkata, keputusan yang dibuat sesebuah kerajaan atau organisasi perlu berasaskan alasan kukuh.
Kredit foto: Harian Metro
Beliau bagaimanapun berharap penularan wabak Koronavirus tidak akan menjejaskan kegiatan manusia atau aktiviti perdagangan serta komersial antara China dan Malaysia, termasuk Sabah.
Memetik Harian Metro, Bai yang hadir di majlis penyerahan sumbangan 18 juta sarung tangan perubatan di Putrajaya, hari ini berharap kerajaan mempertimbangkan semula keputusan itu.
Terdahulu, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew memaklumkan pada Ahad bahawa semua penerbangan dari Sabah ke Wuhan dihentikan berikutan penularan Koronavirus.
Kredit foto: The Borneo Post
Bagaimanapun, penerbangan ke wilayah lain di China berjalan seperti biasa dan penerbangan ke Wuhan akan beroperasi semula apabila wabak itu dapat dikawal. - CARI |