Fendy yang merupakan salah seorang ahli kumpulan Caliph Buskers dikhabarkan sudah bercerai dengan bekas isterinya, Nadia Rubina, yang juga salah seorang pemain alat muzik dalam kumpulan tersebut.
Kredit foto: Instagram Fendy
Menurutnya, dia dan bekas isteri telah bercerai sejak November 2017 yang lalu setelah 3 tahun mendirikan rumah tangga. Hasil perkahwinan tersebut, mereka berdua dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia 5 tahun, Nurazalea Zafirah.
Walaupun sering dilihat masih melakukan persembahan bersama ahli kumpulan lain, Fendy mengakui agak kekok ketika di awal tempoh penceraian kerana sudah tidak pulang ke rumah yang sama.
Kredit foto : mStar online
"Masa mula berpisah dulu, tak rasa janggal sebab kami dalam satu kumpulan. Cuma agak kekok apabila dah tak balik rumah yang sama," ujarnya ketika ditemui mStar.
Fendy turut menjelaskan bahawa punca penceraian bukanlah disebabkan campur tangan orang ketiga. Malah perpisahan itu dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dalam usaha mendapat kehidupan yang lebih tenang dan lebih baik.
Kredit foto: OhBulan
"Bukan niat nak rahsiakan penceraian. Kami pisah cara baik dan kalau nak cerita pun punca kami berpisah ianya terlalu peribadi,"
"Saya juga nak tegaskan tiada orang ketiga dalam perhubungan kami mungkin ianya kekurangan daripada pihak saya,"katanya.
Kisah penceraian ini menjadi bualan netizen apabila Fendy dan Nadira memuat naik posting mengenai luahan hati mereka di laman Instagram masing-masing.
Apa-apapun, doakan yang terbaik. Kalau jodoh itu tak kemana! - CARI
|