|
Kontroversi 'Video Ikan Masin' membabitkan pelakon Indonesia, Fairuz A.Rafiq dan bekas suami, Galih Ginanjar masih berlanjutan.
Terbaru, Fairuz dilihat hadir ke mahkamah di Jakarta untuk perbicaraan kes tersebut ditemani suaminya, Sonny Septian.
Kiri: Pablo dan Rei - Kanan:Fairuz dan Sonny
Kredit foto: TribunNews
Terdahulu, Fairuz mendakwa difitnah Galih yang menuduh kemalunnya berbau ikan masin, sekali gus mencemar maruah wanitanya hingga mengalami tekanan berat.
Memetik Kompas.com, Fairuz menceritakan kronologi kes tersebut. Katanya, ketika berjalan di pusat beli belah, ramai yang menuding jari ke arahnya sambil menyebut "Itukan (dia) ikan masin".
Akuinya, dia langsung tidak tahu mengenai video berkenaan hinggalah diberitahu rakannya bahawa bekas suami dan rakannya, Pablo Benua dani steri, Rey Utami telah menyebarkan sebuah video mengaibkan mengenai dirinya di YouTube.
Kredit foto: Galih
Lantaran itu, Fairuz sambil meninggi suara menegaskan kepada mahkamah bahawa dia tidak akan memaafkan perbuatan Galih.
Sementara itu, TribunNews melaporkan, Fairuz ditegur Hakim terlalu emosi ketika memberi keterangan.
Kredit foto:
"Sudah berulang kali saya ingatkan, kalau tahu cakap tahu, tak tahu cakap tak tahu, kalau tahu tapi lupa cakap saya lupa.
"Tak perlu menambah-nambah, nanti kamu terjerat dengan kata-kata kamu sendiri yang makin emosi," katanya dipetik TribunStyle dari YouTube KH Infotainment.
Kredit foto: YouTube KH Infotainment
Selepas selesai memberi keterangan, Fairuz dipimpin Sonny keluar dari bilik perbicaraan sambil menangis sebelum dia tiba-tiba pengsan. Manakala, ahli keluarganya dilihat mengamuk di hadapan pihak media di situ.
Habis madu, sepah dibuang. Apalah yang difikir Galih ketika mengaibkan bekas isteri kepada umum. - CARI
BACA JUGA: Galih Gatal-gatal Dalam Penjara Lepas Hina Kemaluan Bekas Isteri Bau Ikan Masin
BACA JUGA: Saman Bekas Suami, Malu Dituduh Kemaluan Bau Ikan Masin |
|