Masih diganggu lagi, penyanyi Baby Shima menjelaskan yang dia sekali lagi menerima mesej peribadi berunsur lucah yang dihantar seorang pengguna internet di Instagram.
Lebih memalukan katanya lagi mesej tersebut adalah dari orang Malaysia, sedangkan tiada pun mesej mengarut dari peminat di Indonesia.
"Saya sebagai rakyat Malaysia berasa kecewa dengan sikap segelintir orang kita yang suka menghantar mesej lucah." katanya seperti dipetik Harian Metro.
HM
Menurut Shima, tujuannya berbuat sedemikian agar dijadikan pengajaran buat semua yang gemar menulis sesuatu di medsos tanpa berfikir, terutamanya yang berbaur lucah dan mengaibkan.
"Saya berkarya di Indonesia dan setakat ini, mereka menghormati saya. Tidak pernah lagi saya terima mesej serupa daripada peminat di sana,"
Ig
"Saya kongsikan mesej yang dihantar itu supaya menjadi pengajaran buat orang lain dan saya mahu mereka faham bahawa di negara kita terdapat undang-undang serta akta untuk kesalahan sebegitu,"
Selain itu, status yang dimuatnaik Shima juga menyentuh mengenai hukuman yang akan dikenakan sekiranya kesalahan itu disabitkan dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).
Ig
Status yang dikongsikan itu mendapat banyak komen daripada warganet. Namun ianya kemudian telah dipadamkan atas sebab-sebab yang tidak diketahui.
Jadi, dengan pembongkaran dari Shima ini, adakah bermakna lelaki Malaysia lebih gatal dari lelaki Indonesia? Renung-renungkan. - CARI |