Walaupun usia pelakon dan pengacara, Farhanna Qismina Supandi atau lebih dikenali sebagai Sweet Qismina sudah pun mencecah awal 20-an, tetapi dia masih lagi dibayangi dengan imej 'pelakon kanak-kanak'.
Buktinya adalah apabila ramai yang tidak dapat menerima penampilan terkininya yg dianggap seksi dan berbeza dengan penampilannya semasa mula-mula menceburi bidang seni.
Kredit foto : Ig Sweet Qistina
Terbaru, pelakon itu telah memuat naik status memberitahu yang dirinya sudah pun selamat sampai ke Madinah untuk menunaikan ibadah umrah. Dia turut memuat naik foto bertudung dan berpakaian sopan.
"Alhamdulillah, I've touched down Madinah and I'm truthfully blessed," tulis Sweet yang turut mengambil kesempatan untuk memohon maaf atas segala kesilapan yang pernah dilakukan olehnya.
Perkongsian Sweet itu menarik perhatian ramai yang rata-ratanya memuji kecantikan pelakon berusia 23 tahun itu apabila bertudung litup.
Kredit foto : Ig Sweet Qismina
Bagaimanapun, ada juga yang dilihat kurang berpuas hati dengan Sweet dan menganggapnya sebagai munafik kerana tiba-tiba sahaja berpakaian sopan sedangkan kebiasaannya Sweet gemar mengenakan pakaian yang mendedahkan sebahagian daripada tubuhnya.
"Jangan memalukan diri sendiri. Awak munafik, dedah badan lepas tu sekarang tutup pulak."
Kredit foto : Ig Sweet Qismina
Ramai juga yang menyokong kata-kata individu tersebut dan sempat memerli golongan selebriti yang penuh dengan kontroversi.
Kredit foto : Ig Sweet Qismina
Ada sahaja netizen ni. Buat baik salah, buat jahat apakan lagi. Come on, guys! Kita doakan sahaja yang baik-baik. Apa pun, semoga semua urusan Sweet sepanjang menjalani ibadah umrah dipermudahkan dan semoga selamat kembali ke tanah air kelak.
Suka sangat tengok muka Sweet ni. Memang sweet sangat! -CARI
|