Cleopatra sekali lagi mengundang kritikan wargamaya selepas membantah permintaan ramai yang menggesa Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melepaskan jawatan Perdana Menteri.
Kredit foto: Twitter/Nikkei Asian
Sebaliknya, pemilik nama sebenar Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin itu menggesa agar rombakan kabinet dilakukan.
"Rakyat Malaysia hanya tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan buat masa sekarang.
"YAB Tun Dr Mahathir tidak perlu meletak jawatan, sebaliknya apa yang harus dilakukan adalah merombak kabinet," tulisnya.
Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Twitter
Desakan terhadap Tun Mahathir supaya meletak jawatan adalah bagi memulihkan keyakinan rakyat ekoran kekalahan parti kerajaan kepada pembangkang Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis pada Sabtu.
Menurut ProjekMM, ia merupakan kekalahan kelima Pakatan Harapan (PH) selepas Cameron Highlands, Semenyih, Rantau dan Tanjung Piai. - CARI |