"Bila baca komen pengikut, saya cuma mampu ketawa. Rasa lucu bila mengenangkan kembali jumlah makanan saya makan hingga kembung perut."
Gara-gara gambar yang sedang mendukung Aafiya menampakkan 'baby bump' penyanyi dan pelakon, Marsha Londoh, 35 disangka hamil.
Semuanya berlaku di majlis ulang tahun kelahiran penyanyi nombor 1 Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza, Marsha bersama suaminya hadir memeriahkan majlis. Bagaimanapun sekeping gambar yang dimuat naik menunjukkan badan Marsha yang berisi serta perut tampak ke hadapan dalam balutan baju satin berwarna putih membuatkan ramai pengikutnya mengusiknya.
ig
Bagaimanapun Marsha menafikan perkara itu lalu menjelaskan ianya kerana kembung perut selepas makan banyak pada majlis Siti seperti di petik Harian Metro.
"Apapun, teruskan mendoakan untuk saya dan suami menimang cahaya mata. Mungkin kalau doa saya dan suami digabungkan dengan semua orang, doa termakbul."
ig
Isteri kepada Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail itu berkata, dia tidak ambil hati dengan soalan mengenai zuriat sebaliknya bersyukur suaminya sentiasa menasihatkannya untuk berfikiran positif.
"Saya dah lali dengan situasi dan persoalan ini disebabkan kelihatan berisi sedikit. Jadi, orang menjangka saya hamil. Mungkin juga ramai dah tak sabar nak lihat wajah bakal cahaya mata saya membuatkan mereka tertanya-tanya. Memang awal-awalnya saya agak tertekan dan rasa soalan itu seperti memerli saya pula. Tapi, suami selalu nasihatkan saya untuk terus berfikir positif dalam apa jua dugaan dan cabaran,"
ig
Terdahulu, penyanyi Bimbang itu pernah mendedahkan dia ada menjalani beberapa rawatan seperti mengurut. Namun, rezeki belum berpihak kepadanya untuk dikurniakan cahaya mata. Marsha dan Shaiful berkahwin pada Disember 2015 di Pulau Pinang.
Wah! Pantang tersilap letak gambar berisi, terus peminat buat spekulasi kan? Apa pun, semoga Marsha dan suami cepat-cepat dianugerahkan cahayamata ya. Mana tahu, 2020 ini kan? - CARI |