Cerita yang dikongsi semula oleh Facebook Penang kini mengenai seorang pemuda yang ditemuinya di Lebuhraya Utara Selatan benar-benar menyentuh perasaan.
Menurut Iwan ketika dia dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dia ternampak pemuda berkenaan sedang menolak motor di atas lebuh raya di Tapah, Perak.
Pada mulanya Iwan takut untuk berhenti kerana khuatir sesuatu yang tidak diingini berlaku.
Namun akhirnya dia mengambil keputusan untuk menolong kerana tidak sampai hati untuk membiarkan pemuda tersebut.
Rupa-rupanya motor pemuda tersebut telah kehabisan minyak dari Tanjung Malim lagi dan dia telah menolak motornya selama enam jam sehingga ke Tapah.
Dia nekad akan terus menolak motornya itu sehingga ke Pulau Pinang kerana ketiadaan wang untuk mengisi petrol. Pemuda berkenaan menceritakan bahawa dia ada RM5 saja.
Menurut pemuda tersebut, beliau sudah dua bulan bekerja sebagai pegawai keselamatan di Bukit Jalil. Makan minum tempat tinggal disediakan.
Namun, beliau tidak dibayar gaji oleh majikannya. Kemuncaknya beliau meminta gaji untuk dikirim ke kampung. Majikan hanya memberikan RM5 dan terus menghalaunya dari situ.
Dengan berbekalkan RM5 beliau isi minyak untuk pulang ke kampung halaman.
Warga maya turut berasa sedih dengan nasib pemuda tersebut dan ada jua yang berkongsi pengalaman serupa.
Kredit Foto - FB Penang Kini
Begitulah. Hidup ini kita akan sentiasa diuji sama ada diuji dengan kesusahan mahupun kesenangan.-CARI
Sumber - Facebook Penang Kini |