CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 14053|Reply: 55

[Tempatan] Butik Mewah Tapi Jual Barang Tiruan ?

  [Copy link]
Post time 16-1-2020 12:48 PM | Show all posts |Read mode
Butik  mana ni ???

harian metro



BUTIK pakaian mewah yang menjadi tumpuan golongan kaya dan VIP berikutan setiap helai pakaian dijual berharga ribuan ringgit sehelai.
Namun tanpa disedari kesemua pakaian dijual sebuah butik di Bangsar di sini, adalah fabrik cetak rompak sekaligus membolehkan pemilik premis mengaut keuntungan besar.
Difahamkan butik menjual pakaian mewah jenama terkenal antarabangsa cetak rompak itu, memperagakan pelbagai jenis pakaian yang hampir menyamai kualiti produk tulen sebenar.

Penipuan licik itu bagaimanapun terbongkar selepas sepasukan anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Putrajaya menyerbu dan merampas pakaian berjenama tiruan itu semalam.
Timbalan Pengarah ( Operasi) Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP Putrajaya, Rosli Ahmad berkata, operasi serentak turut dilakukan di dua lagi cawangan premis itu di Dataran Pahlawan Melaka dan Tanjung Bungah Pulau Pinang jam 12 tengah hari.
Menurutnya, tiga pasukan membabitkan 18 anggota penguatkuasa KPDNHEP Putrajaya, Melaka dan Pulau Pinang bersama wakil pemilik cap dagang terbabit dalam serbuan itu.
“Dalam ketiga-tiga pemeriksaan dilakukan di premis menjual pakaian berjenama itu, sejumlah 1,075 helai pakaian berjenama terkenal antarabangsa tiruan dirampas.
“Semua pakaian `mewah’ itu dianggarkan bernilai hampir RM600,000. Pemeriksaan mendapati pakaian tiruan itu dibawa masuk dari luar negara dan memiliki kualiti menyerupai produk tulen,” katanya.
Beliau berkata, ramai pelanggan tidak menyedari ditipu apatah lagi produk berkenaan dijual pada harga sama seperti produk tulen yang mencecah ribuan ringgit sehelai.
“Kami turut merampas sebuah kenderaan Honda CRV yang digunakan untuk menyembunyikan pakaian jenama tiruan berkenaan.
“Dalam tiga serbuan itu, kami menahan tiga individu bagi membantu siasatan kes. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagangan 2019, atas kesalahan mempunyai dalam milikan atau kawalannya barang-barang cap dagangannya dipakai dengan salah untuk tujuan perdagangan,” katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2020 01:38 PM | Show all posts
Kesian orka
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2020 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
ais_kosong replied at 16-1-2020 01:38 PM
Kesian orka

Tapi bagi orka yg kaya dgn cara menipu/scammer, makan rasuah, jual produk timbang kilo berbahaya tu semua, kita cash kan ajer mereka sebab terbeli produk tiruan tapi bayar pada harga premium
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2020 02:19 PM | Show all posts
cp je lah butik mana.

eh jap rse mcm ada dh thread ni... kat mana eh? lupa tajuk ape.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2020 02:28 PM | Show all posts
MarryPottet replied at 16-1-2020 01:59 PM
Tapi bagi orka yg kaya dgn cara menipu/scammer, makan rasuah, jual produk timbang kilo berbahaya t ...

setuju
kemain bangga beli barang mewah kan tapi nan hado
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2020 02:43 PM | Show all posts
Kebanyakan peniaga ni tahu yang ramai orang Malaysia tak tahu nak bezakan mana product ori dan yang mana tiruan sebab tu ramai yang tertipu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2020 03:02 PM | Show all posts
kesian ke so called vvvvvip ni
alih2 kena kencing barang fake

tapi tu la
ingat senang ke nak kenal mana ori mana fufu mana fake mana copy mana gred?
dah tu fake siap ada gred hokeeyyy

marhaen macam kita ni majoriti tak kenal
kalo seller kata ori kita pun angguk je la ori

ko tak percaya pegi la tanya mana2 seller barang fake ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2020 03:24 PM | Show all posts
butik ape le ni.. dulu mase kat GM klang ade satu cina ni dok belek lama spec pastu amik stock lagi.. lepas beredar tu salesgirl sana bagitau tu tokey2 kedai sunglasses ori.. amik kat dia copy ori.. jahat btol mainan diorang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2020 03:29 PM | Show all posts
butik gapo ni?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2020 03:29 PM | Show all posts
nama kedai ni apa ye...nak gak tau
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2020 03:37 PM | Show all posts
orka main tunjuk2 jer nak beli itu ini rupa2nya bukan ori jg
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2020 03:46 PM | Show all posts
i tgk kat lowyat diorg kata Brand and Co Outlet...mm xtau la btol ke tak
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2020 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Brand & Co kan? Ada mention kat thread sebelum ni..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2020 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka tokey ponder product sampah
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2020 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Forfoxache at 16-1-2020 05:17 PM

Dah serbu bakar la barang2 tiruan tu. Buat la public event suh restore rakyat nyer confidence.

Takut nanti dah sejuk cerita, tokey bayar compound, undertable skit, jual balik online.

LOL. LGE complain black market killing the ekonomi tapi LGE realise ke tak yang certain authority pun enabler benda ni berlaku. Buat tak tahu atau tutup mata? Atau baju raya free?

Burn the fckin confiscated items la after proven to be counterfeit. Simpan kat store evidence pastu dah sejuk citer it miraculously vanishes into thin air. ROTFL
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2020 05:19 PM | Show all posts
kesian nya yg beli... better beli official store je..confirm2 ori...
tp mcm kedai al ikhsan tu agak2 jual barang ori tak? sbb ada yg kata brg kat sana tak ori
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2020 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat kak lina pompom dlm kp. Ni handbag third hand Ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2020 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi Malaysia memang legendary.

Kat Lazada ngan Shoppe pun ada Bottega Veneta ciplak tapi claim “authentic”. Brand new RM700 jer.

LOL. Ohthentek BV brand new leather bag for RM700 only.

ROTFL

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2020 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
izzah_ok replied at 16-1-2020 05:19 PM
kesian nya yg beli... better beli official store je..confirm2 ori...
tp mcm kedai al ikhsan tu agak ...

Sport direct tu ori tak eh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2020 06:54 PM | Show all posts
chinta89 replied at 16-1-2020 02:19 PM
cp je lah butik mana.

eh jap rse mcm ada dh thread ni... kat mana eh? lupa tajuk ape.

terbuat thread baru plak sis

tadi godek komen kat FB katanya BRAND & CO punya kedai. gambar atas tu pun branch kat dataran pahlawan

ramai komen baju kedai ni ratus2 sehelai t shirt. siap ada beg supreme. agaknya brand asal terkejut la tu kenapa kedai ni boleh jual benda sama tapi bukan dr pengedar sah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 11:55 AM GMT+8 , Processed in 0.078228 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list