"Teruskan ketawa atas penderitaan saya."
Berikutan penularan videonya bergaduh hingga menunjukkan kemaluannya, Aliff Aziz tampil meluahkan rasa kecewa terhadap sikap orang ramai yang terus 'mentertawakan' dirinya.
Kredit foto: NST
"Melucukan apabila mereka mendakwa Muslim, tetapi menghina orang lain macam lah dia hamba paling bertakwa.
"Jangan sedap menghina, nanti terkena batang hidung sendiri baru rasa padannya," tulisnya.
Akui dirinya bermasalah dan mencalar imej keluarga tersayang, Aliff bagaimanapun menegaskan tiada siapa faham apa yang sedang dialaminya.
Kredit foto: IG
Dia juga menegaskan tidak akan memberi sebarang penjelasan atas semua kontroversi yang melanda dirinya.
Sebelum ini, kecoh apabila tular video menunjukkan Aliff bergaduh dengan beberapa individu di luar sebuah restoran dan menayang alat sulitnya.
Kredit foto: FB
Terdahulu, penyanyi dan pelakon itu juga dilaporkan ditahan polis Singapura kerana mabuk dan menganggu ketenteraman awam.
Kredit foto: FB
Menerusi tinjauan di Instagramnya, Aliff dilihat sudah memadam semua postingnya sebelum ini.
Kredit foto: IG
Apa sebenarnya terjadi pada Aliff hingga semakin teruk keadaannya? - CARI
BACA JUGA: "anggil Lu Punya Bos Turun!"-Aliff Aziz Mengamuk, Tunjuk Kemaluan
BACA JUGA: "Ayah, Tolong Abang Ayah!" - Aliff Aziz Ditangkap Ganggu Ketenteraman Awam |