View: 1228|Reply: 7
|
[Tempatan]
EDISI TERIMA KASIH PEJUANG BERANI : India cadang sekat import pelbagai produk Ma
[Copy link]
|
|
NEW DELHI: India merancang memperluaskan penurunan import kepada produk minyak, gas dan produk lain dari Malaysia dan Turki selepas minyak sawit, kata pegawai kerajaan negara itu.
Langkah itu mensasarkan kedua-dua negara yang mana penduduknya majoriti Islam susulan kritikan terhadap dasar India ke atas Kashmir .
India, antara pengimport minyak makanan terbesar dunia, sebelum ini bertindak menghentikan pesanan minyak sawit dari Malaysia dan meminta pengimport untuk membeli sumber itu dari tempat lain.
India, antara pengimport minyak makanan terbesar dunia, sebelum ini bertindak menghentikan pesanan minyak sawit dari Malaysia dan meminta pengimport untuk membeli sumber itu dari tempat lain.
New Delhi kini merancang untuk menyekat pembelian minyak mentah, jongkong aluminium, gas asli cecair, bahagian komputer dan mikroprosesor dari Malaysia, kata dua pegawai kerajaan negara itu yang enggan dikenali.
Kementerian Perdagangan India tidak membalas pertanyaan mengenai perkara ini yang dihantar melalui e-mel.
Kashmir, yang majoriti penduduknya beragama Islam, menjadi rebutan antara India dan Pakistan. Ia juga terbahagi yang mana kedua negara itu memerintah sudah menguasai sebahagian daripadanya.
Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, baru-baru ini berkata India telah "menyerang dan menduduki negara" Jammu dan Kashmir, manakala Presiden Turki, Tayyip Erdogan, mengatakan penduduk Kashmir ‘hampir disekat’.
Kerajaan India menarik balik autonomi Kashmir pada tahun lalu untuk mengetatkan cengkamannya di wilayah itu.
Ia juga menutup akses internet dan menahan aktivis dan ahli politik. Mahkamah Agung India minggu lalu memutuskan tindakan penutupan internet di Kashmir adalah tidak sah. - Reuters |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
god own country le katakan..penuh perogol dan bangkai |
|
|
|
|
|
|
|
eh?? sesama sendiri pun gaduh ke? yakni kerala dgn kerala? |
|
|
|
|
|
|
|
india kurangkan eksport bawang pun ummah tanahair dah menggelabah.. |
|
|
|
|
|
|
|
mampus laaa menteri mulut besar nak handle situasi ni. dulu kau pandai sgt sembang mcm2. nah skg selesaikan. |
|
|
|
|
|
|
|
Xpela klu india nk boikot ak x kisah sgt, yela mmg rugi kt kita. Tp negara sendiri feeling2 good bertamadun x payah le. Kasta lg. Nnti klu ada ape2, tau la dia cari kita balik. Kita pun msti pegang prinsip, InsyaAllah adala rezeki lg elok. |
|
|
|
|
|
|
|
Sbb Tu diplomatic penting..jgn main sembur it aje....dahla sawit baru nak Naik rega |
|
|
|
|
|
|
|
ermmmm lambakan minyak sawit adakah akan buatkan minyak sawit kita murah untuk kegunaan lokal? tanya saja |
|
|
|
|
|
|
| |
|