CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26250|Reply: 182

Teater Puteri Gunung Ledang Lambat Lagi, Pelakon Pun Belum Ada Tapi 5,000 Tiket

[Copy link]
Post time 15-1-2020 02:27 PM | Show all posts |Read mode




Mengagumkan!


Pesona teater Puteri Gunung Ledang The Musical (PGL) di bawah sentuhan penerbit dan pengarahnya, Puan Seri Tiara Jacquelina diibaratkan pisang goreng panas.


Manakan tidak, ianya akan dipersembahkan pada khalayak hanyalah pada 3 Julai hingga 3 Ogos, tetapi lebih 5,000 tiket sudah terjual.


Malahan lebih mengejutkan ialah barisan nama pelakon pun belum lagi diumumkan tetapi penangan PGL ini sangat hebat.


Google




Seperti dipetik Harian Metro, Tiara Jacquelina menyatakan pihaknya masih dalam proses uji bakat pelakon dan hanya akan diumumkan Februari ini.


"Ia sesuatu yang tak pernah berlaku. Kami sengaja buat publisiti awal untuk PGL iaitu 1 Disember lalu dan tak sangka sambutannya begini. Bayangkan, pelakon belum diumumkan lagi tetapi orang sudah mula beli tiket. Saya rasa mereka datang kerana jenama PGL itu."



Ig



Tambah Tiara lagi mungkin ramai yang teruja menantikan PGL dipentaskan semula. Apatah lagi bagi mereka yang pernah menonton sebelum ini pasti akan datang menonton lagi.


"Begitu juga mereka yang dulunya masih kanak-kanak, turut berminat nak tengok lagi. Mereka dengar cerita ibu bapa berkenaan PGL dan berminat nak datang apabila sudah dewasa."



Google



Menurutnya, pertukaran pelakon untuk musim ini langsung tidak menjejaskan minat penonton terhadap PGL.


"Agak susah untuk saya cari pelakon kerana ada yang boleh menari tapi tak boleh menyanyi. Ada yang boleh menyanyi tapi tak boleh menari pula.



Dalam pada itu, Tiara mengakui ketika ini pementasan teater mula menarik perhatian pelakon-pelakon popular untuk turut sama membintanginya.
Ig



"Dulu agak susah nak ajak pelakon sertai teater. Sekarang semua termasuk nama popular menghantar mesej nak cuba sesi uji bakat. Setakat ini sudah 300 pelakon datang sertai uji bakat dan saya akan pilih yang terbaik," katanya.



Sebelum ini teater PGL pernah dipentaskan pada Februari 2006  dan 2014 yangmenampilkanl lakonan Adlin Aman Ramlie, Stephen Rahman-Hughes dan Tiara sendiri.- CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2020 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiara masih pegang main female lead ka?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Waaah, tahun 2006 rupanya teater ni. Dah nak masuk 14 tahun. Terasa baru semalam!
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 02:42 PM | Show all posts
semakin aneh wajah dia
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 02:54 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 15-1-2020 02:39 PM
Tiara masih pegang main female lead ka?

tak rasanyaaa
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 02:56 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 15-1-2020 02:40 PM
Waaah, tahun 2006 rupanya teater ni. Dah nak masuk 14 tahun. Terasa baru semalam!

ohh yesss, i pun ada tgk masa version 2006 dah ler dok barisan ke 4 ke ke 5 dari depan, rse macam prop tu besar and i kagum giler, cantik, n sgt2 menarik creative ya!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2020 03:04 PM | Show all posts
harap dapat cari pelakon berbakat.. bukan artis yg tibaiunta...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 03:14 PM | Show all posts
lol: kalau ai sebut nama ni harus semua merempan kata dia tak layak jadi pelakon teater...

sebab dia terrer silat, boleh nyanyi (xla sedap sangat dan  xla sumbang) dia punya kekurangan orang kata dia kayu walaupun dah tak kayu dah...

ai cadangkan Fattah Amin jadi Hang Tuah (jadi under study pun ok gak kan)

sebab bagi ai dia hensem
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2020 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Xde watak lain dh ke dia boleh bawa. Ai pai artikel pun malas baca sebb
Tiara =pgl
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 03:50 PM | Show all posts
Bukan ker haritu masa interview kat gegarvaganza dia cakap nak ambik Hardy Mirza
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 03:58 PM | Show all posts
GigaMom replied at 15-1-2020 03:31 PM
Xde watak lain dh ke dia boleh bawa. Ai pai artikel pun malas baca sebb
Tiara =pgl

Sheols dah tak jdi PGL, jadi director kali ni. Harap Remy jadi Hang Tuah, macam ada persona jantan perkasa. PGL plak, kalau ada pelakon jawa betul yang cantik dan suara hebat pon best. TBH, suara Tiara klau menyanyi sedap tapi untuk musical, kene suara yang power lagi. Lakonon sheols as Gusti memang tak dinafikan, memang hebat.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 04:28 PM | Show all posts
masa tengok movie PGL dulu memang full house.. india ada..cina pon ada tengok
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
aireen24 replied at 15-1-2020 03:14 PM
lol: kalau ai sebut nama ni harus semua merempan kata dia tak layak jadi pelakon teater... ...

Oh no no no. I boleh bygkan intonasi n pronounciation heols. Jd pak pacak cuci kata ok lah
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
I nak vote ank ikan iols si hun haqeem boleh x? Walaupon muda belia
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
aireen24 replied at 15-1-2020 03:14 PM
lol: kalau ai sebut nama ni harus semua merempan kata dia tak layak jadi pelakon teater... ...

Tak sangka bamtah rupanya komen tang vokal tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols imejin gandingan jul ripin tasty dengan Janna Nick. J.nick sporty sesuai la PGL yang terer bersilat

Kalau nak desa sikit miwa ngan wemy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2020 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 15-1-2020 08:43 AM
Oh no no no. I boleh bygkan intonasi n pronounciation heols. Jd pak pacak cuci kata ok lah

Sis...
Bagilaa peluang.. Hahhaha

Hunhaqeem pun kulum ayat...lagipun muda sangat hunhaqeem tu..

Bamtah tu ai rasa plus point hensem...

Remy sahak pun x terasa sesuai jaxi hang tuah...


Ai dah agak orang x setuju si fattah nii..

Tapi eye candy sangat.. Hahhahahhaha
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 15-1-2020 04:57 PM
Iols imejin gandingan jul ripin tasty dengan Janna Nick. J.nick sporty sesuai la PGL yang terer bers ...

Jadi pengkid PGL tadi. Takut jadi diri sendiri je si Janna ni. PGL paling puaka dalam sejarah teater Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
aireen24 replied at 15-1-2020 05:09 PM
Sis...
Bagilaa peluang.. Hahhaha


Nak propose Fazura jadi PGL. Harus terbakar Lofa*tah FC
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 05:31 PM | Show all posts
Tiara Jaq = PGL. Memang dia xboleh move on dgn PGL dia ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.096098 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list