Pemodenan dan liberalisasi dalam masyarakat masa kini seakan tidak dapat dibendung lagi. Jadi, apa yang salah dan berdosa selama ini dineutralkan oleh segelintir puak ini seperti bersetuju bahawa zina adalah haram tetapi jika mahu melakukannya juga perlu mengambil langkah keselamatan seperti kondom untuk mengelakkan mudarat yang lebih besar kata mereta.
Hal ini dibantah oleh alim ulama dan warganet lain yang memandang serius tanggapan salah ini. Apatah lagi menyatakan "Kempen Jauhi Zina Tak Berkesan" seolah-olah menyatakan betapa susahnya untuk anak muda masa kini mengelakkan zina. Senipis itu kah iman generasi sekarang?
Twitter
Bagi pakar motivasi, Hilal Asyraf ayat seperti "Zina diharuskan jika tak mampu mengawal nafsu, asalkan menjaga diri dari penyakit kelamin serta tidak mengandung." adalah stigma songsang semata-mata. Jadi, pengenalan 'safe sex' itu sendiri sebenarnya lebih memudaratkan berbanding kebaikan. Ianya menyumbang kepada keruntuhan institusi keluarga dan moral masyarakat itu sendiri.
Google
Menurutnya lagi memang sukar untuk menjayakan Kempen jauhi zina. Ia mendapat ancaman dan tentangan segenap arah seperti kehidupan artis yang langsung tidak membantu kempen ini. Baru menegur soal pakaian sikit, dah ada geng melompat cakap fasal patriarki, slut shaming dan lain-lain.
Jadi, apa yang perlu dilakukan ialah perlu mengekang dari awal seperti keluar berdua-duaan, pergaulan tanpa batas dan bukannya mengajar mengenai 'safe sex'.
google
Berlaku perdebatan antara dua golongan ini yang merasakan 'safe sex' masih bagus untuk mengekang masalah yang lebih mudarat. Dan ianya mendapat perhatian daripada Ulama Wilayah Persekutuan sendiri.
Twitter
Google
Begitu lah, bila ada yang cuba 'menghalalkan' zina dengan pelbagai alasan membuatkan kita tertanya adakah anak muda sekarang sudah terlibat dalam kancah sosial ini hingga begitu tega mempertahankan yang haram ini? - CARI
|