Masalah sama setiap tahun tetapi seakan tiada penyelesaian yang tuntas. Beginilah isunya apabila guru dan ibu bapa berkongsi 'group' untuk memberitahu makluman tetapi lain jadinya apabila perkara yang remeh pun dibawa berbincang.
Antaranya ialah menanyakan kerja sekolah anak-anak (walhal anak sudah pun tahap 2 sekolah rendah), meminta guru-guru mencari barangan sekolah tercicir dan 1001 masalah yang sepatutnya dikendalikan sendiri oleh anak tersebut. Mengapa ianya jadi begitu?
Mengikut pakar psikologi, Aiman menerangkan apabila ibu bapa sampai ke tahap tersebut, ianya lebih menyusahkan anak-anak pada masa akan datang. Ini kerana anak-anak tidak pandai berdikari apabila ibu bapa sentiasa ada untuk membantu. 'Helicopter parenting' sebegini yang membuatkan generasi akan datang lembik dan mudah putus asa.
Kredit foto:
Helicopter parenting yang membawa maksud ibu bapa yang memberi tumpuan berlebihan kepada anak-anak mereka dalam menangani masalah atau pengalaman. Biasanya berkaitan pendidikan. Hal ini lah yang menyebabkan anak-anak tidak tahu berdikari, semuanya mengharapkan ibu bapa.
Twitter
Ianya turut dipersetujui oleh warganet lain menerusi pengalaman ibu bapa mereka sebagai guru. Tujuan asal Whatsapp group adalah untuk berkongsi info dari pihak sekolah telah disalahguna apabila bertanya soalan yang tidak berkaitan.
Google
Hal ini berlaku disebabkan anak-anak telah disuap terlebih awal bahawa setiap masalah akan diselesaikan oleh ibu bapa mereka. Ianya menyebabkan mereka tidak fokus ketika berada di sekolah.
Pelbagai cadangan daripada warganet untuk guru-guru ini, antaranya ialah membuat akaun telegram, membuat 'setting Whatsapp admin only', menggunakan dua sim kad (peribadi dan urusan sekolah, jadi tiada gangguan setelah waktu sekolah), mengemaskini di laman web, facebook sahaja dan lain-lain. Namun, akan tetap ada ibu bapa yang tidak memahami peraturan sebegini.
Google
Lebih menarik, ada ibu yang turut memberi komen bahawa anaknya yang bersekolah di SJKC masih menggunakan kaedah lama tanpa Whatsapp group dan ianya lebih memudahkan kesemua pihak.
Jadi, bagaimana? Mungkin kita perlu kembali kepada cara lama dengan menyerahkan hal sekolah kepada anak-anak tanpa masuk campur dengan urusan mereka. Dengan itu mereka akan lebih berdikari dan lebih bijak mengendalikan pelbagai isu di masa akan datang.- CARI
|