Talinda Bennington, balu kepada vokalis Linkin Park Chester Bennington yang meninggal dunia akibat membunuh diri akhirnya mengahwini seorang anggota bomba, Michael Fredman pada 4 Januari lalu, menerusi laporan AWANI.
Berita mengenai perkahwinan Talinda itu diumumkannya sendiri melalui akaun twitternya pada isnin lalu.
Namun di sebalik berita gembira tersebut, Talinda mengakui kecewa dan sedih apabila media tabloid telah melaporkan beliau mengakhiri status solo pada tarikh yang sama dia mengahwini Chester, iaitu pada 1 Januari.
"1 Januari akan kekal sebagai tarikh di mana saya mengahwini Chester. Saya tidak akan sentuh tarikh tersebut," Ujar Talinda.
Dia juga berpendapat bahawa tabloid tersebut sengaja menyebarkan berita palsu tersebut untuk menghasut orang ramai agar memarahi saya dan mereka patut malu," tulis Talinda di media sosial.
Talinda dan Chester telah berkahwin selama 12 tahun dan hasil perkahwinan tersebut mereka mempunyai 3 orang anak.
Mengimbas kembali, Chester dilaporkan ditemui mati membunuh diri di rumah mereka di Los Angeles pada Julai 2017 setelah bertahun-tahun bertarung dengan masalah depresi, ketagihan alkohol dan arak.
Ketika ditemui mati, kesemua ahli keluarga Chester tidak berada di rumah. Selepas kematian Chester, balunya itu aktif dalam melakukan aktiviti kebajikan dan sosial mengenai kempen kesedaran kesihatan mental serta menubuhkan dana kebajikan '320 Changes Direction'.
"Ahli keluarga dan saudara saya dalam Linkin Park menerima kehadiran suami baru saya dengan baik. Saya sama sekali tidak akan melupakan Chester dan akan meneruskan misi saya agar kematiannya tidak sia-sia," katanya lagi.- CARI