Hilang RM30,000 begitu sahaja selepas dipukau seorang 'ustaz'.
Itulah yang terjadi kepada seorang lelaki warga emas yang kerugian lebih RM30,000 selepas bertemu dengan lelaki bernama Ustaz Rugi di hadapan masjid di Batu 2 Jalan Apas, Tawau semalam.
Memetik laporan Harian Metro, mangsa, 66 tahun didatangi lelaki itu yang menawarkan rawatan berurut selain membuang penyakit tanpa mengenakan sebarang bayaran.
Foto: Corat carit kehidupan blog
“Tanpa mengesyaki apa-apa, saya membenarkan lelaki itu mengurut lutut saya beberapa minit sebelum kami berjanji utuk bertemu semula pada Khamis.
“Bagaimanapun, ketika bertemu semula di masjid, Ustaz Rudi meminta wang berjumlah RM3,000 serta barang kemas untuk dibawa sembahyang bagi menghilangkan sakit lutut selain membuang penyakit lain di dalam badan,” katanya.
Katanya lagi, lelaki itu menepuk bahunya sebelum mengarahkannya pulang ke rumah dan mengambil wang tunia serta barang kemas.
“Selepas menyerahkan wang dan barang kemas, dia (Ustaz Rudi) meminta saya pergi membelikannya rokok di kedai berhampiran dan berjanji akan memulangkan semula wang serta barang kemas tadi sebaik selesai sembahyang.
“Saya hanya menyedari ditipu dan dipukau apabila mendapati tiada Ustaz Rudi di kawasan masjid apabila datang semula ke situ,” katanya yang kemudiannya membuat laporan di IPD Tawau. - CARI |