|
Agak mengejutkan apabila laman Facebook serta iklan TV Bersamamu memaparkan kelibat pelakon cilik yang berbakat, Puteri Balqis.
Sekian lama mendiamkan diri dan menyepikan diri daripada dunia hiburan, Puteri Balqis dilihat tampil berkongsi kesukaran hidup dalam rancangan tersebut.
Kredit foto: Instagram Puteri Balqis
Sedutan iklan rancangan Bersamamu yang akan ditayangkan pada hari Ahad jam 6.30 petang itu memaparkan Puteri mengulas perubahan hidup beliau yang pada mulanya indah sehingga berubah secara drastik.
Puteri juga mengatakan bahawa perubahan hidup itu cukup indah kerana ternyata tuhan tidak mahu mereka lupa diri.
Dia juga mengakui bahawa sering terputus makanan selama dua tiga hari.
"erubahan secara tiba-tiba ini indah sebenarnya, Tuhan tak mau kami lupa diri. Terputus makan itu pernah dua tiga hari tapi tak pernahlah sampai seminggu. Kami ikat perut," jelasnya.
Ibunya, Nouryl atay nama sebenar Norashikin Mohamad Aziz juga turut meluahkan isi hati berkaitan tahap kesihatan anaknya itu.
"Orang tak nampak benda tu, yang orang nampak puteri sudah ok. Tengok dia berlakon dan fikir dia sudah okay," luahnya lagi.
Jika diselusuri laman Instagram Puteri Balqis, nampak seperti dia dan ibunya sedang mempromosikan buku hasil titipan kisah hidup Balqis. Mungkin ada yang bermurah hati di luar sana boleh beli buku tersebut untuk membantu keluarga ini.
Rata-rata peminat dan penonton Bersamamu mendoakan supaya keluarga ini dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan seharian. Untuk rekod, Puteri Balqis dilaporkan menghidap penyakit kronik pada peringkat awal dan kini sedang menjalani rawatan, lapor Astro Awani. - CARI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|