Yaya atau nama sebenarnya Haziqah Nurul Huda Harun, 23 merupakan seorang usahawan pembuatan kek bulan halal yang menjadi viral di media sosi@l.
Bukan saja rasa kuih bulannya yang cukup enak tetapi semangat dirinya yang tidak pernah mengalah biarpun sebelum ini hanya mampu duduk di kerusi roda sahaja membuatkan ramai terinspirasi dengan kecekalan dirinya.
Hampir sembilan tahun gadis ini hidup bergantung kerusi roda, namun semuanya berubah selepas 12 hari dia berada di Makkah untuk menunaikan umrah.
Daripada lumpuh disebabkan ketidakupayaan kaki kiri, Haziqah Nurul Huda Harun, atau Yaya, 23, sudah boleh berdiri dan menggunakan tongkat untuk bergerak.
Terbaharu, seorang pengguna facebook Hanaa Baa mendedahkan bahawa kawan baiknya Yaya yang juga dianggap seperti adik kandungnya sendiri telah bernikah dengan suaminya di sempadan Thailand.
Menurut Hanaa, beliau tidak pernah menyangka orang yang paling dipercayai dan paling rapat dengannya sanggup mengkhianati kepercayaan dan persahabatan mereka.
Malah, perkahwinannya selama 11 tahun dan dikurniakan 3 cahaya mata hancur disebabkan orang ketiga.
Tinjauan mendapati laman F@cebook Yaya serta instagramnya diserang warga maya yang tidak berpuas hati dengan apa yang telah terjadi.
Setakat ini tiada sebarang maklumbalas dari Yaya mengenai perkara ini.
Apapun, kahwin senyap-senyap dengan suami orang, memang hanya akan memburukkan keadaan.
Tak baiklah bina kebahagiaan sendiri atas derita orang lain. - CARI
Sumber - FB Hanaa Baa |