|
Mungkin balasan kerana pernah menyamakan kemaluan isteri dengan bau ikan masin, pelakon Galih Ginanjar mengalami kegatalan kulit.
Liputan 6 melaporkan, perkara itu dimaklumkan sendiri isterinya, Barbie Kumalasari yang hadir di sebuah mahkamah di Jakarta bagi memberi sokongan kepada Galih.
Kredit foto: IG
"Saya bawa bedak gatal, jam tangan, gula-gula berangin, pakaian dalam dan lain-lain," katanya.
Kata Barbie, dia membawakan bedak gatal kerana Galih mengalami alergi yang membuatkan kulitnya memerah dan gatal sepanjang dalam tahanan.
"Di dalam (tahanan) kan panas, jadi kulitnya sensitif. Sudah berapa bulan saya bawakan bedak gatal untuk merawatnya.
"Lagipun, sekarang kan musim hujan, jadi dia memerlukan banyak pakaian dalam," jelasnya.
Isnin lalu, Barbie hadir ke mahkamah untuk menyaksikan perbicaraan Galih berhubung kes 'ikan masin', sekali gus memberi sokongan kepada suaminya itu.
Galih, pada 3 Julai tahun lalu menerusi sebuah program bual bicara di YouTube membuka aib bekas isterinya, pelakon Fairuz A Rafiq.
Galih dilaporkan membuka kisah 'dalam kain' ketika mereka masih berkahwin dengan menyamakan kemaluan Fairuz dengan bau ikan masin.
Gara-gara mulut celupar, di dunia lagi dapat balasan. - CARI
|
|