Lama tidak mendapat perkhabaran dari penyanyi era 1980an, Datin Suliza Salam selain sesekali menemani anaknya, penyanyi Ismail Izzani di mana-mana persembahan. Namun, dalam satu sesi penggambaran majalah Nona, Suliza hadir bersama Ismail dan dua anak perempuannya, Izati Zainal dan Falahi Zainal.
Lebih menarik mereka kelihatan hampir sebaya walaupun Suliza sendiri sudah berusia 54 tahun. Malahan anaknya Izati turut menjelaskan yang ramai orang mengatakan mereka seperti adik-beradik.
Majalah Nona
Mendapat jolokan 'mata kucing' di zaman kegemilangannya, Suliza menegaskan dia masih menjaga kesihatan dan kecantikan biarpun usianya telah melewati setengah abad.
"Ada sesetengah orang bila meningkat usia, dah malas nak nampak cantik. Bagi saya bergaya tetap kena ada walaupun berapa usia kita, tetapi biarlah bersesuaian. Macam usia saya, tiba-tiba nak pakai ketat-ketat, tak bolehlah macam tu."
Majalah Nona
Selain menitiberatkan pemakaian, Suliza juga menjaga pemakanan dengan mengambil banyak buah-buahan serta menikmati hidup.
"Dalam hidup ni, semua orang ada masalah. Itu biasa, tapi you deal with it and try to be as good as you can. Selalu positif dan 'happy', InsyaAllah, penyakit jauh dengan kita."
IG
Wah! Padanlah nampak sebaya anak, Datin Suliza Salam betul-betul menjaga dirinya dari segala aspek ya. Jadi, kita yang ada ni patut mencontohinya okey. - CARI
|