Sebagai penutup tahun 2019 yang lalu, aktres jelita Farah Nabilah telah pun selamat mendirikan rumah tangga dengan pasangan pilihannya, Mohammed Amirul Yunus yang juga merupakan seorang juruterbang.
Bagi membuka membuka tirai tahun 2020, kini tibalah masa untuk pasangan mempelai ini diraikan dalam majlis persandingan serba mewah dan penuh gemilang yang telah pun berlangsung tangggal 5 Januari lalu di Hotel Four Seasons, Kuala Lumpur.
Kredit:mahligaicinta.my
Majlis resepsi ini bertujuan untuk meraikan teman rapat, pihak media serta ahli keluarga terdekat kedua-dua pihak.
Majlis resepsi pasangan ini bertemakan black tie dan mempelai kelihatan seperti pasangan diraja di alam fantasi dalam persalinan yang direka oleh pereka fesyen duo terkenal Rizman Ruzaini.
Kredit:mahligaicinta.my
Aura pengantin di alam fantasi semakin terserlah dengan tersedianya pelamin indah persis singgahsana buat kedua mempelai oleh Rekateemor.
Kredit:mahligaicinta.my
Kredit:mahligaicinta.my
Kredit:mahligaicinta.my
Dalam majlis tersebut, Farah menggayakan gaun pengantin rekaan Rizman Ruzaini daripada fabrik jenis taffeta dan veil yang tampak mewah di samping Amirul yang kelihatan segak mengenakan tuxedo.
Lebih mengujakan, majlis turut diserikan dengan persembahan nyanyian daripada adik-adik Farah Nabilah dan penampilan istimewa oleh Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah.
Selain itu, tetamu yang hadir terdiri daripada rakan selebriti seperti Mira Filzah, Janna Nick, Izara Aishah, Fazura serta ramai lagi dan yang paling mencuri tumpuan ialah Mira Filzah yang dikhabarkan hadir dengan ditemani oleh buah hatinya, seorang arkitek.
Semoga ikatan cinta yang dibina mereka kekal hingga akhir hayat! - CARI
|