CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2396|Reply: 9

Perbezaan Dakwah Salafi Dengan Dakwah Harakiyyun, Hizbiyyun...

  [Copy link]
Post time 8-1-2020 10:28 AM | Show all posts |Read mode

Salafi mengajak kepada tauhid, menerangkan firqah-firqah sesat yang bersalahan dengan apa yang dibawa oleh para salafussoleh dan berpegang teguh dengan ajaran yang murni (Al Quran dan Assunnah yang sahihah). Mereka mengajak kepada kesatuan (kembali bersatu dibawah Agong dengan menjadikan Al-Quran sebagai perlembagaan baharu) dan menyuruh masyarakat agar mentaati pemerintah (YDP Agong dan Sultan2) dalam hal kebaikan (ma'ruf) dan saling nasihat-menasihati. Mereka bukanlah kelompok yang bercita-cita akan dunia dan tidak sesekali mendatangi pemerintah kerana pangkat, harta dan kemasyuran.


Harakiyyun, hizbiyyun menyeru kepada kelompok mereka tanpa menitikberatkan tauhid dan kesahihan agama. Mereka memperjuangkan ideologi-ideologi hizbi dan mengklaim bahawa merekalah pejuang agama. Bahkan merekalah punca/penyebab kekacauan di negara Islam yakni dengan menggerakkan ahli mereka untuk demonstrasi/revolusi. Lihat sahaja Arab Springs yang digerakkan oleh Ikhwanul Muslimin, gerakan pemisah ETIM (sehingga semua bangsa Ughyur ditindas), gerakan Hizbut Tahrir, gerakan ISIS, gerakan Taliban, gerakan Al-Qaeda, Kes Memali dan lain-lain. Tambahan pula, mereka sanggup berkongsi kuasa dengan orang kafir semata-mata untuk kepentingan (kekuasaan). Justeru itu, kita lihat mereka seringkali bertukar pakatan, gabungan seperti angin monsun. Bagi mereka, kuasa yang dapat memartabatkan Islam tanpa sedar dengan kuasa juga boleh menyebabkan kehinaan pada manusia.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-1-2020 10:33 AM | Show all posts
Seringkali Ahlul Bid'ah Wal Hawa mengatakan bahawa salafi membawa fahaman ektrimis. Bagaimana sanggahan kepada perkara itu?

Jawapan...

Ulama2 Salafi dari dahulu hingga sekarang mengajarkan bahawa;

1) Taat pada pemerintah (mengikut uruf Malaysia ialah Agong dan para sultan) pada perkara yang ma'aruf serta saling nasihat-menasihati. Dan hanya dengan kembalinya fungsi mereka, rakyat yang selama ini didogma dengan ideologi politik berbeza dapat disatukan dan Islam dapat dimartabatkan.

2) Demonstrasi haram kerana boleh menyebabkan kekacauan, kemusnahan harta benda dan nyawa.

3) Demokrasi adalah sistem kufur kerana sistem tersebut 'based on' suara majoriti. Jika mereka menolak undang-undang Syariah atau ingin menghalalkan sesuatu perkara yang haram, ia mampu terlaksana. Sebagai contoh, budaya LGBT yang semakin membarah. Malah, kebanyakkan negara Barat yang mempraktikkan sistem demokrasi hanya menggunakan sistem tersebut untuk menyekat/menindas orang Islam seperti larangan berhijab dan lain-lain. Orang Islam hilang hak di negara tersebut.
Selain itu, sistem kepartian yang wujud dalam demokrasi adalah berunsurkan semangat jahiliyah (asobiyah) berdasarkan hizbi. Hal ini bertentangan dengan semangat ukhwah Islamiyah yang terdapat dalam Islam. Sehingga ada politikus menunggang agama demi kepentingan politik masing-masing. Dan menyebabkan perpaduan antara umat Islam menjadi suatu perkara yang mustahil untuk dicapai.

4) Dakwah tauhid adalah perkara utama untuk pembaikkan.

5) Mengajak masyarakat kembali kepada mazhab ulama muktabar.

Adakah terdapat ciri-ciri seorang ektrimis daripada perkara diatas?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2020 10:41 AM | Show all posts
Perbezaan Yang Jelas

Politikus...
"Siapa tak sokong parti A, tolak Islam"

Salafi....
"Siapa yang ingin menukarkan sistem negara ini kepada republik (sepertimana propaganda si khawarij wan ji) bererti dia bughah terhadap Agong dan para sultan. Dan siapakah yang boleh menafikan kepimpinan mereka?"
------------------

Politikus....
"Kita perlu menang PRU untuk memerintah. Takbir....Takbir....Takbir"

Salafi....
"Kita perlu kembalikan sistem kesultanan agar Islam boleh didaulatkan. Dan hanya dengan kembalinya sistem tersebut, rakyat yang selama ini didogma dengan ideologi politik berbeza dapat disatukan."
-----------
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2020 10:42 AM | Show all posts
"Adakah Salafi membelakangi politik (pemerintahan) padahal politik (pemerintahan) termasuk dalam urusan agama?"

Soalan seperti diatas seringkali ditanya oleh hizbiyyun bahkan ada yang berkata "Salafi hanya pandai kata bahawa Demokrasi ini sistem kufur tapi tidak ada solusinya.....".

Hizbiyyun menganggap politik cara mereka (Demokrasi) adalah satu cara dari sistem politik Islam. Padahal dalam sejarah Islam itu sendiri, sistem sebegini tidak pernah diterapkan sebagai sistem politik Islam apatah lagi menganggap bahawa ia adalah satu bentuk syura yang dibenarkan dalam Islam.

Sedarlah bahawa sudah hampir 62 tahun kita berada dalam sistem ini. Apakah yang sebenarnya kita inginkan?

Sistem Demokrasi menyebabkan umat Islam berpecah belah mengikut ideologi hizbi masing-masing. Setiap kali ingin mendekati pilihanraya, hizbiyyun akan "bermain kata" dengan rakyat. Ada yang menggunakan amanat....erk silap.... isu agama untuk mendapatkan sokongan. Ada yang menggunakan isu perkauman untuk mendapatkan sokongan. Ada yang menggunakan isu keadilan untuk mendapatkan sokongan. Begitulah seterusnya semata-mata demi merebut jawatan.

Ada seorang asatizah pernah berkata "Salafi dapat melihat fitnah beribu-ribu batu sedangkan ikhwani/hizbiyyun hanya melihat sesuatu dari sudut kepentingan dan manfaat yang mereka perolehi".

Sistem Demokrasi membenarkan LGBT, Syiah, Qadiani dan lain-lain mempunyai hak didalamnya. Malah, pengaruh fikrah sesat itu semakin hari semakin kuat kononnya atas dasar hak humanisasi (human rights). Kegiatan kaum Luth (LGBT), Syiah dan lain-lain dicanangkan agar proses normalisasi (penerimaan) berlaku.

Sistem Demokrasi juga meletakkan Islam dibelakang dalam semua urusan kerana ia mengutamakan keredaan manusia demi sebuah undian sehingga ada dalam kalangan politikus mengamalkan ajaran polytheism (turut serta dalam upacara keagamaan lain), pluralism (anggap bahawa semua agama sama), liberalism (memperlekehkan syariat Islam seperti kewajipan berhijab, menutup aurat, pelaksanaan hudud) dan lain-lain.

Dalam masalah ini, kita menggunakan konsep wala' wal bara' (iaitu taat dalam perkara maaruf dan ingkar dalam perkara maksiat).

https://m.facebook.com/story.php ... 6&id=1610974122

Jika mereka katakan "cuba cadangkan satu cara yang menepati politik Islam?".

Kita katakan "sistem kesultanan itu politik Islam". Jika kita dapat mengembalikan sistem kesultanan, kita akan bebas mencorak sistem pemerintahan kita sendiri. Sistem Kesultanan adalah suatu sistem seimbang (bukan seperti sistem Presiden atau Monarki versi Barat) kerana wujud majlis syura sepertimana di zaman khalifah yang mana majlis tersebut bertindak sebagai penasihat Agong atau sultan. Dan pewaris takhta Agong/Sultan akan diasuh oleh para ulama' sepertimana Khalifah Umar Abdul Aziz atau para khalifah yang lain. Dan sistem kesultanan berfungsi sebagai simbol penyatuan rakyat (hanya dengan kembalinya fungsi mereka, rakyat yang selama ini didogma dengan ideologi politik berbeza dapat disatukan).
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2020 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Taulah wahabi dah pengaruh sultan perlis tuu...

Tu yg hang kesultanan islam kesultanan islam..

Pasal dah kne check mate dgn perlembagaan..yg memelihara immunity kesultanan..MONARKI laa senang

Mentang mentang arab n sekutu kecik sme BRITISH buh title sultan!!  Kat mesia ni mna sultan lawan british depa campak malta falkland western australia manhattan cape of hope!! Sultan yg di cocok hidung british itu ler sultanate melayu ..btui dak kilo??

Sultan Oman..sultan qatar..king salman etc.

Cakap je tu cara korang nk KUASA..tunggang agama tp yg bahyanya pengaruh sultan!!!

Ko pegang kepala harimau...checkmate ler dia.
Btui dak kilo? HERD MENTALITI..ko halau ketua gerombolan seladang ke arah tebing..semua ikuttt hala situ..jatuh tebing n itu ler makanan puak red indian..depa berkurun tau..british tau psyche ni..ko pegang sultan ko pegang ler rakyat nya.. KO INGAT AKU BONGOK KE KILO??

Contoh ko cite sme tu...PERLIS..bule tak kilo??

Tauhid yg ko cite niiii kilo...tauhid 3 serangkai tu yer? Sila jawap plis


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2020 12:41 PM | Show all posts
Kejayaan Dakwah Syaikh Muhammad Abdul Wahhab Rahimahullah.....

Siapa sangka Dariyah yang suatu ketika dahulu boleh menjadi sebuah negara yang hebat (penjaga haramain). Bahkan negara tersebut adalah tempat yang memelihara kesahihah agama dengan tersebarnya dakwah tauhid dan sunnah.

Dariyyah pada awalnya adalah sebuah wilayah yang diperintah oleh sistem keamiran yang mana didalamnya hanya terdapat sekitar 70 buah rumah penduduk. Perkampungan ini tak dihiraukan dunia dan telah ranap sebanyak dua kali. Kali pertama ranap dan musnah akibat serangan dari Turki Uthmaniyah dengan bantuan Barat, kali kedua ranap dan musnah akibat diserang oleh "kawan sendiri". Namun dengan sisa yang ada, mereka terus berdiri hingga kini.

Dari sebuah kampung menjadi sebuah kotaraya. Penduduknya bertambah malah Kerajaan Dariyyah berkembang dengan sangat cepat. Hampir seluruh Jazirah Arab berjaya disatukan.

Keadilan, kemakmuran, keamanan dan keilmuan menjadi acuan negara. Hingga dikatakan penulis barat yang jujur, ketika eropah membina tamadun di sana, Dariyyah membangunkan kota metropolitan dengan acuannya sendiri.

Kejayaan ini adalah hasil usaha Syaikh Muhammad Abdul Wahhab Rahimahullah yang menyeru masyarakat kepada tauhid dan sunnah serta membentuk kesatuan (bersatu dibawah pemerintah yang sah). Beliau bukan seorang yang menggilai dunia (pangkat dan kuasa). Jika beliau mengidamkan perkara itu, sudah tentu method demokrasi yang dipilih beliau.

Dan sudah 89 tahun berlalu, perjuangan jemaah harakiyyun, hizbiyyun, tidak membawa sebuah kejayaan yang dapat dimegahkan kecuali kekacauan (Arab Springs, perang di Syria, kes Memali, dan lain-lain) di negara-negara Islam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-1-2020 12:51 PM | Show all posts
ajinomotonosuga replied at 8-1-2020 11:06 AM
Taulah wahabi dah pengaruh sultan perlis tuu...

Tu yg hang kesultanan islam kesultanan islam..

Kau alergik Tawheed ke bang aji


Nanti saya letak syarah Tawheed tiga di sini


Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2020 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Kilokahn replied at 8-1-2020 12:51 PM
Kau alergik Tawheed ke bang aji



Aku tanya ko...ko ikut tawheed 3 serangkai tu ka?

Jangan buh syarah 3 serangkai jeee..buh laa syarah yang tolak tauhid gitu...baru fair

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2020 10:58 PM | Show all posts
Salam TT

Lebih 1400 tahun, tiada larangan terhadap syiah utk menunaikan haji di Mekah.
- kecuali tahun2 tertentu berdasarkan polisi geopolitik semasa.
Apa perbezaan ketara fikrah muktabar salafi, haraki dan hizbi dlm hal ini?


Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2020 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dovob at 19-1-2020 10:39 PM

Semua agama, melarang judi... Apa pasal masih ada judi? Boleh dikatakan semua agama melarang minum arak. Apa pasal masih ada arak?

Kita yg hidup atas muka bumi ni, memang tak pernah ada agama agak2nya ya? Ataupun yg phostostat agama2 aje yg wujud atas muka bumi ini, sama standard sijil2 itu kan kan kan?

Demokrasi ke, apa ke, yg paling pelik tapi benar, MAJORITI YG BERAGAMA tak sibuk dgn apa yg dilarang dalam beragama? Keluar pula di media2, itulah, ini lah, semua menteri2 tu tak beragama ke? Ataupun menteri2 dah tak suka agama?

Mai pula pandangan para2 mufti2 yg bodoh, letak tajuk "kita kena hormati semua agama?" Kan nampak jelas, fitnah dtg dari siapa? Dan pastilah, DIA kembalikan fitnah itu utk apa? Utk jelaskan, awak itu tak suci, jgn perasan suci.

Yang majoriti beragama yg mcm2 jenis, dah jadi tak beragama lah ye?

Gini ajelah, kalau semua sekali dibodoh2kan-Nya, mengaji le tinggi mana pun, Allah swt akan tetap tonjolkan kebodohan itu yg sebenar2nya.

Rasanya, yg tahu hakikat ini, saya sorang aje kot? Tak rasa mcm ada Taghut yg karut tu ka? Ataupun perasan layak utk masuk syurga?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 10:57 AM GMT+8 , Processed in 0.086097 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list