Siapa sangka, seorang budak perempuan dituduh mencuri barangan di pasar.
Sebelum ini, tular video menunjukkan gelagat budak itu mencuri barang milik peniaga du Pasar Awam Sungai Besar.
Namun, siasatan terbaharu mendapati budak yang berusia 11 tahun itu sebenarnya seorang golongan orang kurang upaya (OKU) yang mempunyai masalah pembelajaran.
Sehubungan itu, laporan polis terhadapnya ditarik balik oleh mangsa, Harian Metro melaporkan.
Kredit foto: Harian Metro
“Dia (kanak-kanak perempuan) tidak ditahan. Pengadu (peniaga) dan kedua ibu bapa kanak-kanak itu sudah membuat penyelesaian di luar.
“Malah pengadu tidak sampai hati mengambil tindakan kerana ibu bapa kanak-kanak itu ada menunjukkan kad OKU kepadanya," kata Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias.
Terdahulu, sebuah rakaman CCTV menunjukkan budak itu mencuri menjadi tular di laman sosial.
Menerusi rakaman itu, ia menunjukkan bagaimana budak itu menyelinap masuk di bawah kanvas ditutup bagi mengambil barang. Dia kemudian keluar dari kanvas itu dengan membawa hasil curiannya. - CARI |