|
|
Sempena tahun baru 2020, ramai yang mengambil peluang menghasilkan kalendar dengan tema dan gaya tersendiri.
Memetik laporan Dailystar UK, sekumpulan wanita di Ukraine menggunakan badan mereka bagi penghasilan kalender bogel dengan tujuan protes terhadap perlakuan dan amalan rasuah.
Difahamkan, menerusi gambar yang dihasilkan itu, mereka akan sama ada berpakaian dalam sahaja atau langsung tidak berbaju.
 Kredit foto: dailystar
Kumpulan wanita yang anti-rasuah ini memalingkan wajah mereka daripada lensa kamera dan hanya memperlihatkan pandangan bahagian belakang mereka.
Dikatakan kalendar bogel sempena 2020 itu dikeluarkan bagi meningkatkan lagi kesedaran orang awam tentang masalah rasuah yang semakin berleluasa di negara tersebut.
Amalan tersebut turut memberi kesan buruk sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Manakala, hasil jualan kalendar itu akan disumbangkan kepada pasukan bersenjata Ukraine dan juga badan kebajikan.
Namun, di laman sosial lain pula reaksinya. Ada yang sukar menerima aksi bogel itu sebagai anti rasuah malah turut menjadikan kalendar itu sebagai jenaka semata-mata. - CARI |
|