CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1045|Reply: 0

[Politik] Penjualan Saham Petronas Kepada Sabah dan Sarawak

[Copy link]
Post time 30-12-2019 04:49 PM | Show all posts |Read mode
Pada 26 Disember 2019 didalam kenyataannya di The EdgeMalaysia Tun Dr Mahathir kepada pihak media di New York beberapa bulan lalubahawa Petronas telah menawarkan tawaran awam permulaan (IPO). Berikutandaripada kekangan pihak Kerajaan untuk menbayar royalti sebanyak 20% kepadaSabah dan Sarawak. Terkini, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dilaporkan telah meraih kira- kira 6billion dengan menjual sebahagian daripada pegangan sahamnya di Petronas GasSdn Bhd (PetGas), Petronas Dagangan Bhd (PetDag) dan MISC Bhd sambil mengekalkanpegangan saham sebagai sebahagian daripada “portfolio strategi pengurusan”.

Tun Dr Mahathir Mohamad telahmemberikan kenyataan bahawa Kerajaan Persekutuan telah mempertimbangkan menjualkepentingan dalam PETRONAS kepada negeri- negeri pengeluar minyak Sabah danSarawak. Ini juga berikutan dari tanda kerugian pada suku ketiga tahun 2019 danini membimbangkan pihak kerajaan. Terkini, keuntungan bersih PETRONAS Gas Bhd bagi suku ketiga menyusut 13.64peratus kepada RM431.59 juta daripada RM499.81 juta pada suku sebelum ini dalamkeadaan perolehan yang rendah dan kos membaiki dan penyenggaraan yang tinggi. Ekoran dari kerugian ini dankekangan untuk membayar royalti kepada negeri pengeluar minyak, pihak PETRONAStelah bercadang untuk melakukan penjualan saham ini kepada Sabah dan Sarawak.Ini dalam usaha kerajaan untuk mencari dana yang kini dibebani hutang yangtinggi. Langkah ini memberikan kuasa secara langsung kepada Sabah dan Sarawakdalam pengurusan PETRONAS yang merupakan pengeksport gas asli dan cecair ketigaterbesar dunia. Tujuan mempertimbangkan penjualan kepentingan PETRONAS kepada Sabah dan Sarawakkerana negeri itu menuntut royalti lebih tinggi daripada minyak yang diekstrakdi kawasan mereka. Disebabkan ketidakmampuan kerajaan untuk menaikkan royalti,pihak kerajaan sedia untuk melepaskan kepentingan unit lebih kecil PETRONAS.

Walaubagaimanapun pakar eknomiberpendapat kerajaan tidak harus menjual saham PETRONAS ini kepada Sabah dan Sarawakkerana 20% royalti tidak akan membebankan kerajaan. Satu pekara lagi yang harusdifikirkan adalah, apabila PETRONAS menjual sahamnya, mungkin sahaja berlakupenjualan di bawah harga semasa yang akan menyebabkan kerugian di atas kertasdan lebih teruk daripada membayar royalti 20%. Pekara ini telah menimbulkan kemarahan daripada pemimpin Sabah berhubungperjualan saham PETRONAS kepada dua negeri itu. Menurut Ketua PembangkangSabah, Jeffry Kitingan PETRONAS sudah menjadi milik bersama Putrajaya dannegeri pengeluar minyak, jadi untuk apa tujuan pembelian saham PETRONAStersebut. Ini adalah kerana hasil minyak diperolehi dari sumber semulajadiNegeri Sabah. PETRONAS mendapat keuntungan dari Sabah dan Sarawak selama 40 tahun dan jika iamenghadapi masalah sehingga tidak mampu membayar 20% royalti minyak sepertidijanjikan Pakatan Harapan dalam manifesto pilihan rayanya, PETRONAS patutmemulangkan haknya untuk mengekstrak gas dan minyak di Malaysia Timur.

Menurut Ketua Eksekutifnya, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin,penjualan saham PETRONAS itu juga membolehkan lebihbanyak penyertaan dan     pemilikan  syarikat senaraian awam ini oleh pelaburtempatan. Terkini, penjualan saham PETRONAS menjadi penjualanblok saham antara terbesar di Malaysia mengikut data Bloomberg. PETRONAS sedangmengumpul modal untuk membiayai operasinya di luar negara selepas menyiapkanprojek penapisan dan petrokimia bernilai $27 billion di Johor. Menurut KetuaEksekutif Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin, ia juga merupakan peruntukkansebahagian besar perbenlanjaan modal untuk membiayai projek di benua Amerika.

Pandangan rakyat berpendapatan penjualan saham aset negara ini membuktikan pihak Kerajaan terdesak untukmembayar hutang 1 Malaysia    Development Berhad (1MDB) sebanyak RM50billion.  Pekara ini menimbulkan perasaan bimbang rakyat terhadap ekonominegara. Rakyat berpendapat ekonomi negara tidak begitu baik sehinggapihak Kerajaan berfikir untuk menjual saham ini melalui IPO.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-2-2024 01:11 AM GMT+8 , Processed in 0.543169 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list