CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: fleurzsa

Asas Falsafah Hindusm

[Copy link]
 Author| Post time 9-9-2004 11:41 AM | Show all posts
Originally posted by Sephiroth at 9-9-2004 11:37 AM:
by fleurzsa
Yama- kawalan diri.
Satu pembetulan sikit ... Yama bermaksud Malaikat Maut ( ).
Saya rasa apa yg Fleurza maksudkan adalah KAMA - Hawa Nafsu (Pengawalan Hawa Nafsu).




:hug:Thanks...

U bila nak habiskan Bhagavad Gita tu...
I nak cut n paste kasi teratur dan print..:nerd:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2004 12:58 PM | Show all posts
Nak habis tak lama lagi ... mungkin sebulan kalau saya mampu. Kena juggle dgn kerja juga.

Selepas habis itu, ingat nak buat thread tentang kisah2 Rishis dlm Hindusm. Ianya terbahagi kpd dua - satu golongan Rishi yg menyembah Vishnu (dr bahagian Utara India) dan satu lagi menyembah Shiva (mereka dr bahagian Selatan). Mereka yg berada di Malaysia ini kebanyakannya penganut Shiva sementara yg dr keturunan Singh biasanya menyembah Vishnu.

Oh yeah ... nak tambah tentang Malaikat Maut sikit ... dia juga dikenali sbg Kala atau Kalam (bererti Masa). Ini saya baru belajar sebentar tadi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2004 10:38 AM | Show all posts

I sambung lagi sebab tgh ada mood ni...he he he

Sekolah Falsafah Nyanya

Falsafah Nyanya bermula dgn tertubuhnya sekolah neo-logical yg diasaskan oleh Gangesa yg tlh menghasilkan karya terkenalnya iaitu Tatva Cintamani yg memberi penekanan kpd logik dan epistemologi.

Tumpuan utama falsafah ini ialah terhdp konsep Pramana iaitu sumber atau punca pengetahuan.

Sumber atau punca pengetahuan terbahagi kpd Persepsi (Pratyaksa), Inferens (Anumana), Perbandingan (Upamana) dan Testimoni (Sabda)
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2011 02:21 AM | Show all posts
really good info...thanks yar...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2011 03:49 PM | Show all posts
Recently I came across some very nice articles. Like to share it with you guys.

Source : http://www.huffingtonpost.com/jo ... duism_b_486099.html

However, the key point of differentiation between Hinduism and these other faiths is not polytheism vs. monotheism. The key differentiation is that "Hinduism" is Open Source and most other faiths are Closed Source.

"Open source is an approach to the design, development, and distribution of software, offering practical accessibility to a software's source code."

In the Rig Veda, the oldest of all Hindu texts (and possibly the oldest of all spiritual texts on the planet), God, or Prajapati, is summarized as one big mysterious question and we the people are basically invited to answer it.

"Who really knows?
Who will here proclaim it?
Whence was it produced?
Whence is this creation?
The gods came afterwards, with the creation of this universe.
Who then knows whence it has arisen?"
  
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2011 10:01 PM | Show all posts
Nice thread, sebab membantu pemahaman orang ramai. First of all aku nak kongsi benda ni dengan semua...

Ini daripada filem Shri Adhishankaracharya, orang alim dari abad ke-8 M. Beliau seorang Brahman Nambuthiri (Ortodox) dari Kerala yang memperkenal falsafah advaita kepada orang ramai. Ada banyak falsafah yang awal-awal tapi falsafah ini banyak dipakai pada zaman ini.  


http://www.youtube.com/watch?v=Ewta7YJCmyw&feature=related

Filem ini dalam bahasa Sanskirit. Bahagian movie ini menceritakan tentang Adhishankaracharya sedang berjalan di lorong di Kashi bersama anak muridnya. Mereka hendak bersuci di Sungai Gangga tetapi mereka terserempak seorang Chandala (orang luar kasta), jadi mereka minta orang itu keluar dari jalan itu untuk mereka lalu.

Jadi orang itu bertanya kepada Shankaracharya: "Wahai tuan guru! Awak orang yang mengajarkan Advaita Vedanta tetapi awak juga membuat beza antara manusia dengan manusia. Bagaimana hal ini melengkapi ajaran yang awak sampaikan dalam falsafah Advaita awak? Adakah ia cuma satu pandangan (teori) biasa (tidak ada diikuti perbuatan) semata2?"

Shankaracharya terpegun dengan persoalan orang itu. Beliau berfikir dalam dirinya. Pasti dewa Siva mengambil rupa ini untuk mengajar aku suatu pengajaran. Dari saat itu, beliau terus menggubah seloka lima baris dikenali sebagai Manisha Panchagam. Setiap penghujung seloka itu akan berakhir dengan kata2, "Dia yang belajar dengan melihat kepada fenomena dalam cahaya Advaita itu lah Guru ku, biar dia itu Chandala atau dia itu Brahman."

Falsafah ini berpengaruh sampai ke hari ini. Teruskan thread menarik nasib baik aku membukak bahagian2 belakang, rupanya banyak benda menarik. TQ





Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-6-2012 02:56 PM | Show all posts
Source : http://www.youtube.com/watch?v=CFzRcL-UWEU&feature=related

Good explaination about Hinduism by Kannadasan -  a famous philospher and song writer (among other things).

PS : Not sure how many there are altogether. So just with it.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2012 10:41 AM | Show all posts
Source : http://www.youtube.com/watch?v=5unhP28fJrs

Very good explaination on how the (foolish) concept of Arya Race came to be, and how it had migrated from India to Europe (and even US) and influence one of the most corrupted, rascist sentiments in mid-20 century. Very educational.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2012 10:35 PM | Show all posts
bukan Malays suka sangat kah dengan Arya race??
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2012 10:15 PM | Show all posts
Sri Madvirat Vira Brahmendra Swami Caritra


http://www.youtube.com/watch?v=CBZE794XAW0&feature=related


Harap maaf ini dalam bahasa Telugu. Sebab Nusantara sangat gemar dengan mistik2 maka persembahkan mistik kepada Nusantara harap menjadi kesukaan semua. Sri Madvirat Brahmendra sebenarnya seorang saint ahli mistik dari wilayah Andhra Pradesh daerah Kadapa. Beliau lahir pada 1610. Beliau ada menggubah Kalghanaanam dalam daun lontar (palm leaves) mengenai ramalan kedatangan Kalki Avataram dalam bentuk Sri Virabhoga Vasantharayalu. Hal yang sama juga seperti ramalan pendita Hindu Sabda Palon dari Pulau Jawa yang hidup dalam abad ke-14 M mengenai kedatangan avataram Satrio Peninggit ketika agama Buddha (Buddha Guru is a Hindu) akan mencuci semua sisa agama Islam dalam Kaliyugam.  
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2012 03:06 AM | Show all posts
Avadhuta



"Avadhuta tidak pernah peduli dengan perkara2 keduniaan, kerana keadaan semulajadi kesedaran Diri menyebabkan semua benda tiada bermakna lagi. Kematian dan kelahiran pun sudah tiada bermakna. Avadutta tidak bertapa lah lagi, tidak juga memuja lagi". - Bhagawan Dattatreyam

Sudah cukup lah kita bercakap hal2 yang bersifat permukaan sahaja tentang agama Hindu. Kita masuk mendalam lah supaya orang ramai akan memahami apakah di sebalik agama Hindu. Tujuan aku menuliskan hal ini dalam bahasa Melayu kerana aku tahu ramai kanak2 Nusantara peminat misteri yang sibuk nak berdakwah tidak akan membaca penjelasan berjela2 dalam bahasa Inggeris dan penjelasan yang tidak difahami cuma membuang masa sahaja

Apa makna Avadhuta?

Ia adalah istilah dari bahasa Sanskirit dari tradisi dharmma dalam agama orang Hindu (Indians) merujuk kepada seorang ahli mistik atau wali (saint) yang sudah melepasi kesedaran diri (ego consciousness), keduaan (duality) dan sudah tidak hairan lagi dengan hal-ehwal dunia yang mengarut. Avadutta ini bertindak dengan tidak menurut etika kemasyarakatan lagi. Maksudnya kamu akan menghadapi masalah dengan seorang yang sudah mencapai tahap ini kerana kata2nya nanti kamu tidak akan faham lagi, sebaliknya kamu akan salah faham juga dengan tindakannya kerana kamu yang tidak sedar diri.

Peribadi avadhuta ini seperti seorang kanak2 yang bebas berjalan di atas muka bumi. Seorang avadhuta tidak mengenalpasti diri mereka dengan minda atau tubuh mereka atau dengan "nama rupa". Orang berperibadi begini dikenalpasti lah dalam agama Hindu sebagai kesedaran murni atau chaitanya dalam rupa manusia.  

Avadhuta memainkan peranan penting dalam sejarah, asal-usul dan penyuburan sebilangan besar tradisi dharmma seperti yoga, vedanta, buddha dharam (ajaran Buddha) dan turunan bhakti serta parampara walaupun semua tradisi ini dilepaskan semula kepada orang ramai dengan cara yang tidak piawai. Avadhuta ini adalah suara kepada avadhuti yang menjadi saluran penyelesaian kepada pecahan tradisi sayap kiri (vamamarga) dan sayap kanan (daksinamarga). Avadhuta tidak menurut kepada upacara2 seperti darshan yang bersifat pecahan seperti dari bahagian astika atau nastika. Avadhuta tak peduli langsung dengan pengamalan upacara dan tidak mengikut kepada puak2 lagi. Mereka berkepercayaan dan mengamalkan seperti apa yang dirasakan sesuai dengan mereka.   

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2012 03:32 PM | Show all posts
Kepercayaan bagi Penganut Hindu dan pengikut ajaran Buddha

Walaupun ada teori tentang karmma, manusia pun ada juga belajar perkara lain seperti muhurta sastram, sains perubatan, kaji bintang dan tilikan. Manusia menderita disebabkan oleh karmma lampau maka menurut teori karmma yang diketahui, manusia cuba mencari penawar kepada karmma buruk. Walaupun masa depan sudah ditentukan pada Brahmalikhittam dan teori karmma, namun manusia tetap lah menurut juga tertakluk kepada pelbagai karmma dan muhurta sastram.  

Apa sahaja yang dipercayai dan diikuti oleh diri manusia itu, adalah betul lah bagi nya. Yang diikuti oleh orang lain itu pada diri nya adalah tak betul. Manusia sebegini dikatakan sebagai manusia berpikiran cetek dan sempit. Mereka ini begitu yakin pada satu jenis pandangan sahaja sampai pandangan lain dibantah walaupun tidak dikaji sebetul2nya dan cuma mendengar permukaan. Penganut Hindu dan pengikut ajaran Buddha bukan lah sebegitu. Namun dalam hal sebegini, ada juga terdapat sikap sebegini dalam kalangan pengikut teori kaji bintang, pelbagai jenis kepercayaan atau agama atau atheisme, sistem perubatan, sistem perubatan, sistem dan ideologi politik serta lain2. Namun apabila bertengkar mana satu yang betul atau buktikan itu ini pun bukan suatu perkara berfaedah sebaliknya membuang masa sahaja. Dalam keadaan ini, manusia sepatutnya berfikiran rasional dan menggunakan pendekatan rasional untuk mengkaji sesuatu perkara. Manusia ini sebenarnya dalam pencarian kebenaran. Kebenaran itu lah Brahman.   

Tenungan dan Tilikan

Bagi penganut ajaran Buddha dan penganut agama Hindu yang lain, sebenarnya ada ilmu tenungan dan tilikan berdasarkan bintang. Bagi penganut Hindu Kejawen Jawa, mereka mengenali perkara ini dengan nama perimbon. Tenungan berdasarkan bintang ini sebenarnya adalah tertakluk kepada teori karmma. Ia bertentangan dengan pandangan setengah orang bahawa seseorang itu boleh mengubah takdir ajalnya. Takdir ajal telah dituliskan Brahma sebaik sahaja seseorang itu terlahir mengikut kepada sanchita (himpunan) dan prarabdha (permulaan) karmma. Biasanya tenungan digunakan untuk melihat kepada waktu baik perkahwinan atau waktu baik melakukan sesuatu perkara baik.

JIka kita melihat baik2 kepada planet2 dan bintang, kita akan memahami bahawa karmma buruk kelahiran lampau kita dibawa bersama ke kelahiran kini oleh krodhadewata (dewa murka) iaitu Rahu. Karmma baik pula dibawa bersama melalui Brahaspatti (planet Jupiter). Untuk hal ini ada sistem Navagraham atau sembilan bintang.Semua orang Hindu (termasuk penganut ajaran Buddha golongan Brahmin dan tiriwangsa lain) tahu hal ini. Bagi teori tilikan bintang ini boleh dirujuk pada buku seperti Pravira Paddhati tapi buku ini sekarang sudah tiada dalam pasaran lagi. Gaya bahasa nya pun susah nak faham. Ni kalau ada pula pendakwah datang nak sebut pasal tilik2 ni haram ke warning siap2. Tak siapa suruh siapa2 percaya pun n ini pasal teori2 yang dipelajari dan diajarkan dalam agama orang Hindu. Kalau dalam sains biasa pun ada ilmu falak kaji bintang semua nak mulakan kalender. Hal nya lebih kurang sahaja dengan benda2 diajarkan di sekolah cuma nama2 sahaja berbeza
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2012 05:29 PM | Show all posts
by Genot

Bagi penganut ajaran Buddha dan penganut agama Hindu yang lain, sebenarnya ada ilmu tenungan dan tilikan berdasarkan bintang.


Bercakap tentang tilikan, saya teringat sesuatu. Saya nampak orang2 China memang minat dan terikut2 sangat ilmu tilikan - spt Feng Shui dan Astrology (berdasarkan I-Ching, digelar Bazi kalau tak salah). Akan tetapi, kaum India sendiri - walaupun ilmu mereka lebih lama dan sempurna dr ilmu tilikan orang China, seolah2 memandang "hina" terhadap ilmu tilikan dan astrology mereka. Ada juga yg sanggup mengatakan ianya "karut" semata2 (ataupun dlm bahasa Tamil - Vengayam), semata2 kerana kesilapan sesetengah pihak (kerana nafsu duit).
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2012 06:17 PM | Show all posts
pendapat peribadi aku, mungkin kebanyakan kaum India yang berpandangan begitu berfikir bahawa mereka sudah terlalu berpendidikan jika dibandingkan dengan jotesh (ahli astrologi) di kampung2. padahal ilmu kaji bintang kita sudah diwarisi sejak beribu2 tahun dan sebenarnya ilmu Barat hanya mengulang semula benda2 yang sudah disebutkan oleh pakar2 keagamaan kita pada zaman lampau. tak guna kita menjadi seperti burung kakak tua hanya mengulang benda2 yang orang Barat cakap kan. mereka bercerita tentang perjalanan sejarah mereka, sedangkan sesetangah orang kita di sini pula ingat bahawa mereka berasal dari kaum2 yang tidak berpejalanan bersejarah. orang sebegini bagi aku hanya lah "losers" yang tak tahu malu ada kemungkinan juga ilmu tilikan digunakan untuk keuntungan tapi ada juga yang berhati bersih melakukan nya semata2 untuk hal keagamaan dan hal2 baik.
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 05:03 AM GMT+8 , Processed in 0.059962 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list