Kredit foto: Instagram Safiey Ilias
Usahawan kosmetik Safiey Illias mahu tahun 2020 lebih positif dan berazam agar tahun itu merupakan tahun yang sukses buat dirinya, baik dari segi perniagaan, keluarga dan diri sendiri.
Menerusi entri di laman peribadi Instagram beliau tidak mahu terus berasa rendah diri dengan kecaman dan tomahan netizen.
Malah beliau mahu menanam satu prinsip dalam hidupnya agar lebih maju ke hadapan.
"Tiada lagi video kontroversi" katanya. Malah Safiey turut meminta orang ramai mendoakan dan menegurnya sekira keterlaluan.
Terdahulu, Safiey pernah melakukan pembedahan untuk kembali kepada fitrah sebagai lelaki kali pertama pada 2016 dan terkini pada Ogos 2019 lalu.
Steady Safiey. Khabarnya sudah ke sibuk ke gym dan gemukkan badan. Makin sadolah lepas nih! - CARI
|