Ryan Kaji menerima pendapatan AS$26 juta melalui YouTube sepanjang 2019. Kredit foto: CNN & Pexels
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun, Ryan Kaji menerima AS$26 juta (RM107.68 juta) hasil daripada video ulasan mainan yang disiarkan dalam YouTube tahun ini.
Memetik laporan CNN, majalah Forbes menamakan Ryan yang mempunyai 22.9 juta pengikut melalui saluran Ryan's World sebagai penerima pendapatan tertinggi menerusi platform berkenaan.
Tahun lalu, Ryan juga menduduki tempat teratas dengan pendapatan berjumlah AS$22 juta (RM91.11 juta).
Ryan mula meraih populariti dalam internet melalui genre 'buka kotak' yang melibatkan membuka kotak di depan kamera dan memberi komen terhadap mainan yang dihadiahkan.
Seorang lagi kanak-kanak, Anastasia Radzinskaya, 5 tahun, menduduki tempat ketiga dengan pendapatan berjumlah AS$18 juta (RM74.55 juta).
Dia yang dilahirkan di selatan Rusia menghidap cerebral palsy muncul dalam video YouTube bersama bapanya.
Anastasia Radzinskaya. Kredit foto: www.rt.com
Anastasia mempunyai 107 juta pengikut melalui tujuh saluran dan video-vedeonya telah ditonton sebanyak 42 bilion kali.
Salah satu videonya yang paling popular adalah tentang kunjungan ke sebuah zoo di mana Anastasia dan bapanya menari dengan berlatarkan lagu 'Baby Shark'.
Dude Perfect yang dianggotai lima sahabat berusia 30-an menduduki tempat kedua dengan meraih AS$20 juta (RM82.83 juta) melalui video yang berkisar tentang sukan dan aksi lagak ngeri.
Dude Perfect. Kredit foto: Guinness World Records
Sementara itu, PewDiePie yang pernah menerima pendapatan tertinggi satu ketika dahulu, kini berkongsi tempat ketujuh dengan Markiplier setelah meraih pendapatan AS$13 juta (RM53.84 juta).
Senarai 10 penerima pendapatan tertinggi melalui Youtube:
1. Ryan Kaji, AS$26 juta (RM107.68 juta)
2. Dude Perfect, AS$20 million (RM82.83 juta)
3. Anastasia Radzinskaya, AS$18 million (74.55 juta)
4. Rhett and Link, AS$17.5 million (RM72.48 juta)
5. Jeffree Star, AS$17 million (RM70.41 juta)
6. Preston (Preston Arsement), AS$14 million (RM57.98 juta)
7. PewDiePie (Felix Kjellberg, AS$13 million (RM53.84 juta)
7. Markiplier (Mark Fischbach), AS$13 million (RM53.84 juta)
9. DanTDM (Daniel Middleton), AS$12 million (RM49.7 juta)
10. VanossGaming (Evan Fong), AS$11.5 million (RM47.63 juta)
Memang beruntung Ryan dan Anastasia, kecil-kecil lagi sudah dapat duit yang banyak. - CARI |