Usahawan kosmetik terkenal, Dato Aliff Syukri baru-baru ini telah menimang cahaya mata yang kelima hasil dari perkahwinannya bersama Datin Shahida. Seperti kebiasaannya, seorang bapa akan menguruskan uri sebaik sahaja bayi dilahirkan.
Kredit foto : Ig Aliff Syukri
Mungkin kerana kehidupannya sebagai seorang jutawan, ramai yang mungkin menyangka yang Aliff akan mengambil khidmat untuk menguruskan uri bayi perempuannya itu. Namun, sangkaan itu meleset apabila Aliff memuat naik video di mana dia mencuci dan menanam sendiri uri tersebut.
"Sebenarnya ada sahaja pakej untuk cuci uri. Tapi abang percaya orang dulu-dulu cakap, kalau boleh kalau ada anak perempuan tanam dekat taman rumah biar cepat kahwin."
Apa yang lebih menarik perhatian ramai ialah apabila Aliff turut mengambil kesempatan tersebut untuk mengajar anak-anak lelakinya terutama sekali anak sulungnya yang berusia 10 tahun, Ammar Ahyan cara untuk menguruskan uri dengan betul.
Kredit foto : Ig Aliff Syukri
Sudah semestinya tindakan Aliff tersebut mendapat pujian ramai yang rata-ratanya menganggap usahawan yang juga pelakon dan penyanyi itu sebagai suami dan ayah yang baik.
Kredit foto : Ig Aliff Syukri
Sebelum ini, Aliff juga pernah menarik perhatian kerana mencuci dan menanam sendiri uri anak angkat mereka iaitu Ameena.
Kredit foto : Ig Aliff Syukri
Alhamdulillah. Dalam kesibukan bekerja, Aliff tetap mencuri masa untuk menguruskan sendiri uri anaknya walaupun sekarang ni banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan untuk mencuci dan menanam uri.
Tapi, apa pun penulis lebih tertarik dengan reaksi Aliff yang menjawab pertanyaan Ammar sekiranya uri itu untuk dimakan. Kau ingat aku ni hantu!Haha -CARI
|