View: 3310|Reply: 4
|
Jangan Lupa Tengok Cincin Berapi Di Langit Malaysia 26 Disember Ini
[Copy link]
|
|
Selepas berlaku kali terakhir 21 tahun lalu, rakyat Malaysia sekali lagi berpeluang untuk menyaksikan fenomena alam yang dikenali sebagai gerhana matahari cincin.
SUMBER - INDONESIAINSIDE
Pembentukan gerhana matahari yang dikenali sebagai cincin berapi atau gerhana matahari anulus, yang sebelum ini berlaku di Malaysia pada 22 Ogos 1998 tercetus apabila bumi, bulan dan matahari berada dalam kedudukan sebaris.
Menurut portal Planetarium Negara, penduduk di negara ini berpeluang untuk menyaksikan sendiri fenomena gerhana matahari khasnya buat penduduk di Kukup, Tanjung Piai, Tanjung Pelepas, Selatan Nusajaya dan Pengerang di selatan Johor dan di Bau, Kota Samarahan, Serian dan Sri Aman di Sarawak. Kawasan-kawasan lain di Malaysia hanya dapat menyaksikan Fasa Gerhana Matahari Separa sahaja.
Fenomena ini dijangka berlaku bermula jam 1.21 petang hingga 1.23 petang di Tanjung Piai, manakala di Serian pula akan berlaku pada jam 1.46 petang hingga 1.50 petang.
Pada waktu sama, seluruh negara juga akan turut mengalami fenomena Gerhana Matahari Separa yang akan bermula kira-kira pukul 10.30 pagi sehingga 3.30 petang.- CARI
Sumber: BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Yang duduk di selatan semenanjung pasti lebih bertuah dapat lihat dengan jelas
|
|
|
|
|
|
|
|
Untung lah yg kt Selatan dan Sarawak pun, wahhh!! |
|
|
|
|
|
|
|
Kena cuti lh camni |
|
|
|
|
|
|
|
Dpt tgok dr rumah.tiba2 mendung,igt nk ujan.lupa pulak gerhana.tp awan mendung tutup2 gerhana pulak |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|