Penerbit Datuk A. Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 48, memberitahu ramai lelaki cuba mendekatinya selepas bercerai dengan pelakon Ariff Aziz pada Jun lalu.
Namun, dia lebih memilih untuk memberikan fokus terhadap kerjaya dan anak-anak berbanding soal jodoh.
"Bukan nak cakap besar, tetapi mereka yang nak mengurat saya tu... puas tangan nak menepisnya. Tapi, sebab saya dah selesa dengan kehidupan begini, jadi saya rasa biarlah sekejap.
"Lagipun, saya dah serik dengan kehidupan lalu. Saya sudah empat kali kecundang dalam perkahwinan sebelum ini.
"Saya sedang cuba untuk memenuhi apa saja impian anak, pusing dunia dengan anak-anak.
"Saya dah tak nak fikir untuk mencari pasangan buat masa ini," ujarnya kepada mStar.
Kredit foto: A. Aida bersama aktres Nasha Aziz
Aida turut berasa sebak mengenang kembali kata-kata arwah ibu apabila sering gagal dalam perkahwinan biarpun memiliki harta dan kekayaan.
"Betullah kata arwah mak dulu. Tuhan beri saya segala-galanya tapi bila bab suami, memang ada kekurangan di situ.
"Kalau dengar dia cakap begitu sampai mengalir air mata, ia perkara yang benar-benar terjadi kepada saya sehingga kini," tuturnya.
Dalam pada itu, Aida berkata, dia tidak menolak takdir sekiranya ada rezeki untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi.
"Sekarang ini saya nak fokus dengan kerjaya, cari lebih banyak lagi sumber pendapatan sebab anak saya tiga lagi masih belajar.
"Tapi, jodoh, ajal maut di tangan Allah. Kalau tiba-tiba Dia hantar jodoh saya nak buat macam mana?" katanya.
Siapa yang kahwin mahu bercerai-berai kan? Yakinlah bahawa akan ada kemanisan dalam kepahitan. - CARI
|