Allahu, tengok pun dah sedap resipi nasi ayam KFC ini. Cara pembuatan juga amat mudah, hanya perlu sediakan nasi dan ayam KFC.
Resipi nasi ayam memang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Memang pelbagai variasi nasi ayam seperti nasi ayam hainan, nasi ayam kicap dan pelbagai lagi.
Kredit foto : AmazingNara
Tapi kali ini, menurut blog hiburan
AmazingNara, resipi nasi ayam versi ini memang dari lain yang lain kerana ianya hasil gabungan nasi ayam dan ayam KFC!
Anda hanya memerlukan beras, kicap
(soy sauce), stok ayam dan bahan utama iaitu ayam goreng original KFC. Resipi ini telah menjadi tular di Jepun dan dinamakan '
devil cooked rice'.
Cara-caranya:
1. Basuh beras seperti biasa dan rendam dalam air bersama
soy sauce dan stok ayam. Kemudian, masukkan ayam original KFC , tutup penutup dan biarkan nasi masak seperti biasa.
2. Telan air liur dulu sebelum buka penutup , dan nikmati bau harum nasi dan ayam KFC yang sudah sebati.
Wah...
Kredit foto: AmazingNara
Kredit foto : AmazingNara
3. Ikut selera anda, boleh carikkan ayam dan asingkan daripada tulang kemudian digaul bersama nasi tadi. Boleh juga tambah garam dan lada mengikut selera masing-masing. Mungkin boleh buat sup juga sebagai tambahan selera.
Memang senang kerana tak perlukan banyak bahan untuk menyediakannya.
Walaupun tiada pula anggaran yang betul tapi pandai agak-agak la ya...
Makin ramai yang cuba resipi ini di Jepun seperti yang dipaparkan dalam video ini. Anda pun boleh cuba! - CARI