Siapa sahaja yang tidak suka akan burger yang dijual di tepi jalan? Lagi comot burger yang dibuat, lagi sedap rasanya!
Dengan harga murah dan gerai burger yang senang untuk dicari, 'burger tapi jalan' sentiasa menjadi pilihan rakyat Malaysia tatkala mahu mengisi perut mahupun lapar pada waktu tengah malam.
Sumber Gambar: SAYS
Di Bandar Baru Bangi, tular sebuah gerai burger dengan nama Aris Burger apabila gerai ini dimiliki orang kurang upaya (OKU).
Menurut orang ramai, gerai ini sentiasa dikunjungi penduduk Bangi, namun bukan disebabkan oleh rasa kasihan pengunjung tetapi kerana keenakan burger yang dimasak oleh Aris Burger.
Menurut pengguna Twitter, Hannan (@mohamadhannan94) pada mulanya pelik kerana tiada siapa yang mengambil pesanannya, namun setelah beberapa ketika, barulah dia perasan bahawa gerai burger tersebut dimiliki Orang Kurang Upaya (OKU) masalah pendengaran.
Pelanggan hanya perlu menulis pesanan mereka di atas kertas yang disediakan dan pekerja Aris Burger akan menyediakan apa yang ditulis di atas kertas. Mudah dan efisyen!
Buat yang tinggal di Bangi atau mahu mencuba keenakan Aris Burger, bolehlah berkunjung ke Seksyen 8 Bandar Baru Bangi.
Sedikit pesanan, apa kata sebelum beli di Aris Burger tu korang belajar dahulu bahasa isyarat, barulah mereka gembira! - CARI |