Berjemur di bawah matahari atau nama mudahnya 'sunbathing' merupakan satu aktiviti yang sinonim di negara beriklim sejuk.
Berjemur di bawah matahari bukan sahaja mampu memberikan Vitamin D secara semula jadi, malah dikatakan mampu menenangkan minda apabila cahaya matahari boleh merangsang otak untuk melepaskan hormon serotonin yang mampu menenangkan minda.
Sumber Gambar: Science News
Namun, lain pula yang terjadi di negara barat apabila muncul trend terbaru dengan menjemur lubang dubur di bawah matahari.
Kedengaran agak aneh, namun trend ini telah menjadi ikutan ramai dan dikatakan mempunyai khasiat untuk tubuh badan.
Trend menjemur lubang dubur ini turut mempunyai nama tersendiri iaitu Perineum Sunning.
Sumber Gambar: Instagram/metaphysicalmeagan
Sumber Gambar: Instagram/certifiedhealthnut
Menurut Meagan (@metaphysicalmeagan) di Instagram, dia telah mengamalkan Perineum Sunning selama beberapa minggu dan hasilnya sangat mengagumkan.
Perineum Sunning membuatkan badannya lebih bertenaga, malah membantu Meagan untuk mendapatkan tidur yang lebih lena.
Menurut Oddity Central, 30 saat saat menjemur lubang dubur di bawah matahari bersamaan dengan berada di bawah matahari selama sehari dengan memakai baju. Perinium Sunning juga dikatakan mampu untuk meningkatkan tenaga seksual dan kreativiti seseorang.
Sumber Gambar: Instagram/soymamarula
Agak-agak, betul ke kajian ni? Anda yang suka berjemur tu, jangan pula cuba Perineum Sunning di Malaysia. Nanti tak semena-mena masuk lokap kerana membuat gangguan seksual terhadap orang ramai. - CARI
|