"Kalau dah namanya pun berkahwin, mestilah kita mahukan anak. Saya sentiasa bersedia untuk jadi bapa jika dikurniakan cahaya mata."
Wah, Nadzmi Adhwa dah bersedia untuk menjadi bapa dalam masa terdekat, katanya!
Kredit foto: IG
Dah puas lalui fasa bahagia ke dalam masa tiga bulan ni?
Katanya, dia tidak menolak andai kata dikurniakan anak, malah dia sangat bersyukur kalau dapat anak dalam masa terdekat.
"Saya sangat bersyukur kalau Allah beri rezeki cahaya mata dalam masa terdekat ini," ujarnya kepada mStar Online.
Tak kisah anak lelaki atau perempuan asalkan sihat, kata Nadzmi Adhwa Nor Adzmi, 27.
"Kalau ada perkembangan atau berita gembira itu, pasti kami akan beritahu. Sejujurnya saya dan isteri tiada perancangan. Takut juga kalau cakap tak ada nanti Allah tak beri.
"Berkenaan jantina, saya tak kisah bayi lelaki atau perempuan, yang penting sihat, soleh dan solehah," ujarnya.
Difahamkan, Nadzmi dan isterinya, pelakon Ardell Aryana merancang berbulan madu ke Turki, seterusnya mengikuti misi kemanusiaan di Syria hujung Disember ini.
Mesti ramai tak sabar nak tengok anak mereka, kan? - CARI
|