Semakin sensasi pula kisah Da???i Farhan dan isteri baru. Terbaru, Isterinya, Dr Erin berkongsi foto menerusi Instagramnya bagi membuktikan pendakwah berkenaan menerima diploma perubatan Islam.
 Kredit foto: Gempak/Twitter
"Demi sebuah mukjizat agung, demi perjuangan dalam perubatan yang terunggul," tulisnya.
Kredit foto: Twitter
Bagaimanapun, Gempak kemudian melaporkan Dr Erin telah memadam entri tersebut dan mengemas kini kapsyen baru.
" endek kata kalau nak belajar real punya perubatan kena kenal asal usul manusia dulu. Kenal diri dulu.
"Agama dah kata semua penyakit ada penawarnya kecuali mati, hebat mukjizat Al-Quran ini bagi orang yang ingin mengetahui, beruntunglah orang yang dah tahu menggunakan mukjizat agung ini," tulisnya dipetik Gempak.
Dipercayai, foto itu diambil di Institut Sains Fizik, Seni & Budaya (IPSCA) di Subang, Selangor.
 Kredit foto: Twitter
Bersungguh-sungguh benar nampaknya Dr Erin mahu memulihkan imej Da'i Farhan yang kini dipandang serong masyarakat. - CARI |