Kecoh jadinya apabila seorang lelaki menumbuk pengantin perempuan yang baru menjadi kakak iparnya ketika majlis resepsi perkahwinan pasangan mempelai di Lampeter's Falcondale Hotel, Ceredigion, Wales, UK, lapor Daily Mail.
Pengantin lelaki, Steffan Wilson (kiri) dan pengantin perempuan, Erin Mason-George (kanan).
Sebelum ditumbuk, Erin Mason-George terjatuh dari tangga apabila gaun pengantinnya ditarik Tomos Rhydian Wilson, 29, yang juga merupakan salah seorang pengapit pengantin lelaki.
Dalam insiden 27 Julai itu, Wilson turut menyatakan yang abangnya tidak sepatutnya berkahwin dengan pengantin perempuan tersebut. Selain itu, ibu pengantin perempuan, Linda, dua adik perempuannya Dion dan Cally, serta pengurus hotel tersebut turut diserang dalam siri amukan itu.
Namun, lain pula penjelasan daripada pihak tertuduh yang menyatakan punca pergaduhan itu sebenarnya bermula daripada keluarga pihak pengantin perempuan apabila Wilson melihat kakak iparnya mencarut dan menampar abangnya yang mabuk sewaktu ingin dibawa masuk ke bilik tidur.
Dia juga mendakwa kakak iparnya telah menolak, menumbuk dan membaling pasu serta botol ke arahnya, tetapi dinafikan Erin.
Bagaimanapun, dalam perbicaraan baru-baru ini, hakim memutuskan bahawa Wilson didapati bersalah terhadap lima serangan dan dua kerosakan jenayah dalam insiden tersebut.
Sebagai hukuman, Wilson diarahkan untuk melakukan tanggungjawab komuniti selama 12 bulan, kerja selama 240 jam tanpa gaji dan membayar pampasan kepada kesemua mangsa. - CARI |