Filem animasi Ejen Ali The Movie mencatat kutipan RM6.4 juta selepas tiga hari ditayangkan di 162 pawagam di tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Brunei.
Kredit Foto - NST
Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar berkata, jumlah itu di luar jangkaan dan beliau sangat terkejut dengan sambutan orang ramai terhadap filem ini.
Kredit foto: Berita Harian - Datuk Ahmad Izham Omar
Dalam pada itu, seorang pengguna mencadangkan agar filem animasi tersebut dibuat secara nyata (real life).
Menariknya, Izzuan Adnan memohon agar pengacara dan pelakon Neelofa, 30, diberikan watak dalam filem itu sambil memuat naik dua keping gambar Neelofa dan Dayang secara bersebelahan.
Tanpa disangka, hantaran itu mendapat maklumbalas dari Neelofa dan beliau menyukai = saranan tersebut dan dikongsi lebih 24,000 pengguna.
Perkongsian ini mengundang pelbagai reaksi netizen di mana ada yang tidak bersetuju animasi ini dibuat diadatasu kepada filem nyata, tetapi tidak menolak untuk Neelofa melakonkan watak Dayang.
Malah, netizen turut memadankan watak-watak lain dalam Ejen Ali dengan pelakon-pelakon yang dirasakan sesuai termasuklah Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq dan kucingnya sekali.
Pandai je netizen kan? Apapun, pasti ia sesuatu yang dinantikan peminat Ejen Ali sekiranya karya ini dijadikan live action. Sama-samalah kita tunggu ianya direalisasikan kelak. - CARI
|