View: 2472|Reply: 16
|
Muka Dibakar Suami Kerana Lupa Beli Rokok
[Copy link]
|
|
Lelaki tergamak membakar wajah isteri hanya kerana mangsa terlupa membeli rokok.
Foto: CEN/Daily Star
Daily Star melaporkan, Galina Armasari, 26, mengalami kecacatan kekal pada wajahnya selepas disimbah petrol sebelum dibakar suaminya di Niporeni, Moldova.
Difahamkan, berikutan kejadian, suspek direman 30 hari bagi membantu siasatan.
Galina mengimbau sejarah hitam itu dalam sesi temu bual bersama Publika TV dan menamakan suaminya, Ion sebagai penyerangnya.
Wajah Galina sebelum cacat
Foto: CEN/Daily Star
Katanya, suspek hanya melihat penderitaannya ketika cuba memadam api pada wajahnya. Malah, suaminya itu tergamak tidak menghubungi ambulans.
Sehingga kini, dia masih tidak sanggup melihat wajahnya pada cermin.
Dakwanya, semuanya normal pada hari kejadian dan mereka tidak bergaduh.
"Kami sedang menyediakan hidangan sebelum Ion meminta saya untuk membeli bir.
"Ketika pulang ke rumah, saya dapati kawannya, Andrey singgah dan mereka minum wain bersama," katanya.
Namun, Ion kemudian menengking Galina kerana terlupa membelikannya rokok dan mengugut mahu membakar wajah wanita itu.
"Kemudian, dia menyimbah cecair berbau petrol. Dalam sekelip mata, dia menyalakan api dan membakar wajah saya," katanya.
Galina sebelum kejadian
Foto: CEN/Daily Star
Katanya, selepas memadamkan api menggunakan sweaternya, suspek menyuruh Galina duduk di sebelahnya.
Bagaimanapun, mangsa enggan melakukannya kerana tidak tahan rasa sakit pada wajahnya dan merayu pada Ion supaya menghubungi ambulans, namun tidak diendahkan suspek.
Menurut mangsa, dia dihantar ke hospital oleh ibunya dan kes masih dalam siasatan polis. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
jahat gila seksa dia seumur hidup.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ingtkan kat pakistan/india.. |
|
|
|
|
|
|
|
simbah petrol , nyala api n padam ngan sweater. Pastu suh victim duk dendiam kat sebelah.
Edisi "saya tada niat" |
|
|
|
|
|
|
|
Boomibulat: Ingtkan kat pakistan/india..
Tulaaa ingatkan kat bangla/Nepal/India |
|
|
|
|
|
|
|
time dia tido ko turn ko plak nyalakn api siap2 pastu simbah petrol bia dia sma tbakar. geram plak ngn jntan xguna camni. |
|
|
|
|
|
|
|
Perangai golongan PPRT Eropah. |
|
|
|
|
|
|
|
Jahat laki ni, baran ikut hati dia ja, rosak muka cantik perempuan tu |
|
|
|
|
|
|
|
kasihn, cantik wajah asalnya. apo malang dapat suami mental |
|
|
|
|
|
|
|
Kawannya si Andrey tu buat apa? Jd tukang sorak ke? |
|
|
|
|
|
|
|
harap bakar scrotum dia dgn petrol jgk yach!
bini sikit punya lawa..tak pernah pun mntk ujian dna atau mansion kat london
tu pun kau sanggup nak bakar2 |
|
|
|
|
|
|
|
ingatkan shilalat skali imbas kat gambar cover hoodee tu |
|
|
|
|
|
|
|
Berlaku pada isteri yg lemah, memang ada jenis perempuan penakut & lemah gemalai dgn suami dia. Cakap memang senang tapi kalau I di tempat dia masa laki dia marah2 tengking2 tu I akan maki dia balik, kasi tunjuk macam mana rupa perempuan tgh pms, dia tumbuk I tumbuk balik |
|
|
|
|
|
|
|
tak siuman la suami tu, lupa beli cola nanti... apa jadi?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|