Penyanyi Ernie Zakri pasti akan menjadi tumpuan di pentas akhir Anugerah Juara Lagu (AJL ke-34) yang akan berlangsung tahun depan.
Mempertaruhkan lagu Ku Bersuara, Ernie menepati ramalan pelbagai pihak dan pernah mendapat Vokal terbaik pada AJL 32.
Foto: Instagram Ernie Zakri
Ernie mengakui ramai yang meletakkan harapan tiggi padanya, namun dia tidak menjanjikan 100 peratus persembahan yang sempurna.
Berkata kepada MyMetro, dia akan cuba melakukan sehabis baik kerana itu tanggungjawabnya untuk menyampaikan lagu tersebut.
Dia turut mengatakan komposer lagu tersebut, Syamel seorang yang cerewet dan bukan mudah untuk memuaskan hatinya.
Syamel juga memintanya untuk menjerit dalam lagu ini sedangkan pendapatnya pula lain kerana nyanyian perlu diseimbangkan.
Tambahnya, dia akan menunjukkan kebangkitan seorang wanita serta melepaskan geram pada malam AJL 34 nanti. Itulah mesej yang akan disampaikan dalam lagu tersebut.
Memang tidak sabar tunggu Ernie beraksi. Vokal Ernie mantap dan harap Ernie tidak tertekan dengan harapan tinggi pelbagai pihak. - CARI
|