“Lagu sekarang terlalu mengejar pendengar sehingga kurang kreatif dan tiada lagi eksperimen”
Itu kata-kata Sifu Muzik, M Nasir, 62 mengenai trend muzik tanah air masih di takuk lama. Lagu yang hampir sama dimainkan radio setiap hari. Jadi, salah pemuzik atau pendengar?
Twitter
Pelbagai pendapat diutarakan, ada yang menyatakan itu kerana pendengar mahukan lagu sama, tidak mahu keluar zon selesa dan sebagainya. Tapi di mana pendengar lagu kreatif yang lain?
Namun pendapat ini ada menariknya, peranan radio dalam mempopularkan sesebuah lagu sangat penting kerana lagu yang sentiasa diputar akan lebih cepat popular.
Akan tetapi bagaimana untuk popular jika slot pun tak dapat?
Itulah punca pemuzik makin kurang kreatif dan buat lagu lebih kurang sama sahaja bunyinya. Jika radio tidak memainkan lagu tersebut, tiada siapa yang akan tahu kewujudannya.
Jadi, tiada bayaran, royalti dan sebagainya jika lagu tidak laku. Kesan berantai ini yang menyebabkan corak muzik sama dan tidak kreatif. Patutlah Hattan pun marah!
Lebih parah, ada yang berkata radio akan memainkan lagu jika ada 'duit kopi', betul ke?
Tuduhan ini berat. Walaupun tidak menyebut mana-mana radio, dipercayai ia adalah radio swasta tanah air yang kebanyakannya memainkan lagu sama setiap masa.
Google
Jika senario begini terus berlaku, apakah tindakan yang boleh diambil? Di manakah lagi kita boleh mendengar lagu unik dan berkualiti jika radio sedia ada pun main tarik tali? - CARI
Post time 27-11-2019 03:33 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Paling menyampah dengar Yirra Fm time Sabtu Malam Minggu , start 12 tengah mlm kalau x silap ... lagu2 rnb bak sampah sarap air kumbahan diputarkan sepanjang masa !
Ntah apo2 , lol x kan lagu2 retis malaysia lansung dah hauk semua ?? Dolu2 ok jee , xde nye semua BBNU tu nak dongar lagu2 low class bak ituh !
Bila ranting pendongar jatuh merudum baru terkelam kelibut menunding jari ado kesalahan dalaman katanya !
kan.. lirik nak mati la..
lirik tersorong sorong tak reti malu laa... susunan bahasa tak sedap dan bunyi kasar...
kadang takde penceritaan pun..balun je janji masuk tempo
contoh mcm part korus- pagi yang gelap, kini sudah terang.. aku adikmu dan engkau abang.. ku amat merindui kamu....
Post time 27-11-2019 04:07 PMFrom the mobile phone|Show all posts
sapeka: Sy menyokong M nasirLagu lagu sekarang kurang seninyaIni pendapat sayaDari segi lirik yang tiada lenggok bahasa yang indahTerlalu straight forward mac ...
Dah berkurun aku tak dengar lagu kat radio. Balik2 BFM je then kalau ada mood Spotify / Youtube lagu zaman 90s. Kosser dgn radio skrg.
Kalau nak dengar lagu BBNU, terserah. Aku pun dengar je kalau best.
Depend dengan pendengar sendiri la, nak dengar lagu yang sejenis begitu je all the time atau nak bukak telinga & awareness tentang muzik yang lebih underated tapi tak kurang best sebenarnya.
Anyway, aku suka lagu Amir Jahari - Sila Robek Hati Ini tapi view begitu menyedihkan.
Salammusik pun best. View boleh tahan sebab dorang dah ada fanbase sendiri.
Entoh ler.. pada aku kita kena berbalik pada akar umbi genra musik kita.. tak guna gak nak bereksperimen dalam masa2 segala kos naik mendadak.. nanti orang tak dengar ko gak yang tanggung rugi.. nak kata tak sampai pada pendengar tak logik jugak..macam2 platform boleh dpat sekarang ni youtube segala.. lagi pun klu dengor lagu yang konon nya mempunyai nilai artistik yang tinggi ni akan menjadikan seseorang tu cerdik ker...