CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4369|Reply: 4

IDRIS QAYUM

  [Copy link]
Post time 24-11-2019 09:29 PM | Show all posts |Read mode
Edited by shomei-shomei at 24-11-2019 09:29 PM

              Bunyi nyaring deruman motorsikal berkuasa tinggi membuatpengawal keselamatan syarikat Tega Holding yang menjaga pintu masuk utama bangunan berdiri untuk mendapatkan penglihatan jelas gerangan penunggang motor.  Sekelip mata sahaja motor itu berhenti betul-betul hadapan pengawal syarikat itu. Apabila melihat penunggang motor itu sudah mematikan enjin dan mula bersiap sedia untuk turun dari motorsikalnya,pengawal syarikat yang bertugas mengawal keselamatan gerbang lobi bangunan pejabat Tega holding mula bertindak mendapatkan lelaki itu atas tujuan menghalaunya ketempat parkir motorsikal yang disediakan. Niat pengawal keselamatan itu terbantut apabila penunggang motorsikal itu membuka topi keledar hitamnya dan terus memandang tajam kearah matanya.
              “Eh,Encik Idris” Pengawal keselamatan itu terus menunduk sikit tanda hormat . Lelaki yang dikenali sebagai Idris itu melemparkan topi keledar dan kunci motornya  kearah pengawal itu tanpa bercakap apa-apalantas terus menuju masuk ke dalam bangunan megah itu.

              Lelaki itu terus menekan butang lif ke tingkat paling atas bangunan 20 tingkat itu.  Butang “tutup “ ditekan berkali kali dengan kasar seolah-olah liff tersebut akan menutup pintunya dengan laju dan menerbangkannya terus di hadapan pintu pejabat Tuan Qayum .


Idris mengenggam tangannya kuat. Matanya ditutup rapat. Sesekali dia menggeleng kepala tanda tidak puas hati .


Pintu lif akhirnya terbuka. Bunyi tapak kasut dan kadar deras pergerakan tubuhnya menarik perhatian pekerja-pekerja Tega Holding . Mereka saling berbisik sesama sendiri seperti keliru melihat wajahyang sentiasa serius  kini masam mencuka seperti hendak pergi perang.

Aminah , selaku setiausaha TuanQayum lantas menolak tombol bilik tuannya untuk memaklumkan kehadiran anak majikannya itu.

“Tuan , Encik Idris datang. Saya nampak dia macam marah. Saya …“Kata-kata Aminah terhenti apabila pintu sebelahnya yang tertutup , tiba tiba terbuka sendiri. Idris melangkah masuk dan berdiri tegak dihadapan meja Tuan Qayum.


Tuan Qayum mengangkat keningnya sedikit melihat Idris yang masuk kedalambilik secara mengejut namun dia sudah bersedia menerima kehadiran anak muda  itu. Dia mengangkat tangannya sedikit kepada Aminah isyarat bahawa tiada apa yang perlu dikhuatirkan dan perempuan itu boleh kembali ke meja kerjanya.


“Assalamualaikum , Idris” Tuan Qayum menyapa lembut. Dia memandang tepat kearah mata merah Idris . Dia tahu Idris terluka. Walaupun tidak kelihatan , namun jelas terserlah dari riak muka dan matanya.

“ Kenapa?” Idris bertanya. Akhirnya suara Idris memecah kesunyian

Tuan Qayum mengeluarkan satu keluhan Panjang sebelum berkata” Idris , lets have a seat?” Idris menggeleng laju. Kakinya seperti sudah terlekat kemas dan riak wajahnya masih sama. Tiada tanda-tanda dia ingin mengendur walaupun sedikit.

“ Abah, she can make me happy.”Suara Idris kedengaran lagi. Kali ini sedikit menggeletar dan perlahan.

“ I want you to be happy. Believe me but I need to protect you.” Tuan Qayum membalas renungan tajam anaknya dengan pandangan mata yang tenang.

“ I can protect myself. I am 30 years old. “ Suara Idris Sedikit meninggi. Dia menggeleng kepala banyak kali tanda tidak percaya.

“Tak rasional untuk abah ugut pakcik Rizuan yang abah akan bertindak dengan pecat dia kalau Dahlia terus berhubung dengan Idris. Siap bagi promotion naik pangkat dekat cawangan Muar bagai. Are you a businessman? Mana sifat professional abah?” Idris tidak dapat langsung menahan perasaan marahnya. Lontaran suaranya meninggi dan separuh menjerit.

Tiada reaksi dari pihak TuanQayum. Dia hanya merenung wajah Idris seperti sedang memahami perasaan marah anaknya itu.

“Apa pun perangai Dahlia, Idris akan ubah dia ke jalan yang betul. Idris yakin dia sebenarnya perempuan baik. Macam mana abah boleh ugut pak cik Rizuan bawa anak dia sekali ke Johor kalau tak nak kena pecat?“

“Kalau itu yang terjadi tak apa.Problemnya sekarang, terbalik. Abah tengok Idris yang terikut-ikut jadi semakin liar macam dia” Tuan Qayum akhirnya bersuara perlahan

“So what? Kita berdua ada perangai yang sama abah. Kita jatuh hati dengan perempuan liar . Apa yang menyebabkan abah boleh tapi Idris tak boleh pula?”  lantang suara Idris bertanya

Tuan Qayum  hanya menggeleng-geleng kepala. Dia beristighfar sebanyak mungkin di dalam hati supaya bersabar.

Tuan Qayum mengeluarkan telefon bimbitnya didalam poket seluar lalu menekan-nekan touch screen telefon bimbit tersebut lalu meletakkannya  di atas meja.

Idris hanya memandang perlakuan TuanQayum dengan dahi berkerut.


Sebelum menekan butang “PLAY” , Tuan Qayum sempat menjawab pertanyaan Idris.


“Ada beza. Perempuan liar yang Abah suka bukan perempuan bernaluri jahat. Dia memang cintai Abah dan berubah menjadi lebih baik. Bukan Abah yang berubah menjadi lelaki liar macam yang terjadi pada Idris. Jadi ada beza” Akhirnya Tuan Qayum menekan butang play

Idris tidak memberi apa- apa reaksi sepanjang mendengar rakaman perbualan Tuan Idris dan Dahlia. Apabila rakaman perbualan tersebut tamat, Idris hanya mampu memejam matanya. Suasana menjadi diam seketika.Akhirnya, Idris mula mengatur langkah perlahan keluar dari pejabatnya dengan muka tertunduk . Hati Tuan Qayum seperti sedang digores pisau tajam melihat keadaan anak tirinya itu. Tuan Qayum mula berdoa kepadaAllah supaya mengurangkan kesedihan di hati Idris.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“ Dahlia, aku Nampak boyfriendkau duduk termenung kat luar itu. Dengan baju basah lencun. Dia kena hujan kot.Dia tak sejuk ke?” Imran sibuk memberi soalan cepumas ke Dahlia yang sedang sibuk mencuci pinggan . Kedai makanan segera itu sedikit lenggang seperti kebiasaannya pukul 3 petang bukan lagi waktu makanan tengahari dan belum lagi waktu untuk menjamu minum petang. Apatah lagi cuaca buruk hujan lebat menambahkan lagi kelengangan kedai tersebut.

Dahlia tersenyum sinis mendengar kata-kata Imran. Dia sudah dapat mengagak yang lelaki itu pasti kembali semula kepadanya. Suara Tuan Qayum yang baru dijumpai semalam kedengaran terngiang-ngian di telinganya . Senyuman Dahlia semakin lebar.

“Geng, backup aku kejap. Aku nak gi singgah kejap jumpa kekasih hati. “ Dahlia akhirnya bersuara kepada rakan-rakan sekerjanya yang sedang sibuk berbual antara satu sama lain. Mereka menyambut kata-kata Dahlia dengan kata-kata usikan .


Dahlia singgah sebentar ke ruang membasuh tangan . Dia mengoles gincu ke bibirnya dan memperbetulkan rambutnya agar tersusun. Setelah berpuas hati dengan paras wajahnya, dia memandang tepatkedalam refleksi wajahnya yang terpantul dalam cermin. “ Ingat Dahlia,kalau-kalau bapak dia mengadu tentang apa yang terjadi semalam , kau kena tak mengaku sahaja. Jangan sampai kantoi” Dahlia memberi semangat pada dirinya walaupun dalam suara hati sahaja.


Mata Dahlia mula meliar mencari tempat duduk Idris. Akhirnya matanya terhenti pada lelaki itu yang duduk betul-betul bersebelahan dengan tingkap . Lelaki itu tidak langsung memesanapa-apa makanan dan matanya hanya memandang kosong permandangan di luar .


“Sayang, apasal you basah lencunini” Dahlia mengambil tempat duduk betul-betul dihadapan Idris. Ini mesti kau frust bapak kau rasuah bapak aku naik pangkat pergi Johor kan? Kau takut kita berjauhan.

Tiada jawapan daripada Idris. Dia hanya mengalihkan pandangannya kearah Dahlia dengan senyuman.  Senyuman Idris melegakan hati Dahlia.

“ I jalan kaki datang sini dari office father I” Idris menjawab lemah. Matanya sayu memandang wajah Dahlia.

“ Mana pergi kereta ke motor you?Father you dah buang you ke apa? Takkan you jalan kaki dari office father you ke sini. Mahunya 1 jam juga perjalanannya” Dahlia seperti tidak dapat menyorok perasaan ingin tahunya tentang apa yang terjadi. Apabila dia memaklumkan pada Idris kononya papa telah memaksanya berpindah sama ke Johor, Idris seperti hilang keruan.  Dia seperti dapat mengagak perancangan abahnya untuk menghalang perhubungan mereka.

“Bukan. I terasa macam nak jalan kaki. Sepanjang perjalanan ini , I cuba ingat kembali kisah macam mana I jatuh cinta dengan you. You tahu, dengan adanya you disisi I, I rasa hati I gembira sangat.” Hati Dahlia berbunga-bunga mendengar kata-kata Idris.

“ I pun sama” Dahlia membalas

“ I terlampau cinta dekat you sampai I sanggup masuk keluar kelab malam sebab bimbang pasal keselamatan you walaupun waktu itu you keluar dengan kawan-kawan you. Manalah tahu lama-lama kelab malam dah jadi rutin hidup i” Idris bernada kecewa.

“I sanggup tunggu you buang tabiat minum arak bertahun lamanya sampai I tak sangka I dah pun teguk air haram itu juga. Baru 5 minit  tadi I google, dah masuk pun gambar I pegang tin arak you dekat laman-laman web gossip. Habis satu Malaysia tahu , anak ahli perniagaan terkenal kaki clubbing” Matanya masih memandang kearah tingkap.

“ Nasib baik I tak sempat buat satu lagi dosa besar walaupun dah banyak kali you ajak I tidur rumah you” Idris menelan air liur .

“Idris , apa yang….” Dahlia cuba memotong kata-kata Idris namun terhenti apabila Idris mengangkat tangannya tanda menghalang Dahlia dari terus bersuara.

“I ingat , I dapat tarik you keluar dari gaya hidup you. Manalah tahu I yang rupanya tertarik jauh ke dalam dunia you. Macam itu punya cinta I dekat you pun you sanggup jual I?” Kali ini mata Idris terus memandang tepat ke dalam mata Dahlia.

“Apa? Jadi you percaya kata-kata Abah you itu? You merepek macam ini sebab Abah you buat fitnah kat I.”

“Dahlia, sepanjang perjalanan I sampai ke sini, ada banyak soalan I nak tanya you. Akan tetapi bila I tengok wajah you sekarang, I cuma nak tanya, selama ini you hanya pura-pura cinta I?”Idris menunggu jawapan namun lidah Dahlia seperti kelu untuk berkata-kata.Keberaniannya hilang seperti ditiup angin.

“I tak tahu kenapa abah you buat cerita tentang” Dahlia cuba bersuara namun Idris cepat-cepat potong dengan perkataan yang ditekan pekat satu persatu

“Abah I tak pernah bohong . I dengar semua ini dalam rakaman perbualan.”

“Orang tua licik. Pandai pula rakam” hati Dahlia menjerit

Dahlia kehilangan kata-kata lagi.Kini dia sudah mula takut kehilangan Idris. Bukan sehari dua dia merancang untuk memikat lelaki itu. Lelaki itu satu-satunya cara untuk menaikkan taraf hidup dia dan keluarganya keluar dari belenggu kemiskinan hidup. Apa kata ayahnya nanti? Mesti habis dihamunnya Dahlia.

“ Dahlia, mulai saat ini, I akan lupakan kewujudan you dalam hidup I. Kalau kita terserempak tengah jalan pun,jangan langsung senyum atau tegur I.  I halalkan semua duit yang I pernah beri pada you. ” Idris lantas bangun meninggalkan Dahlia terpinga-pinga keseorangan.

Dahlia terkejut hingga tidak mampu bersuara atau bernafas.

Sejurus sahaja Idris melangkah keluar dari kedai itu , dia ternampak kereta BMW papanya. Pak Saha hanya tersenyum menyapa Idris dari jauh dan membuka pintu kereta tanda mempelawa Idris ke dalam tempat duduk belakang keretanya.

Idris menghampiri Pak saha lalubertanya “ Mana Pak Saha tahu saya di sini?”

Pak saha langsung tidak menjawab tetapi hanya memberi senyuman .

Idris menutup pintu belakang kereta itu dan mengambil tempat duduk disebelah pemandu. Dia akhirnya membalas kembali senyuman Pak Saha walaupun tidak semanis kebiasaannya.

“ Tolong bawa saya ke Tega Holdings?” tanya Idris. Pak Saha hanya mengangguk tanda akur.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


              Tuan Qayum lega setelah membaca mesej Pak Saha yang tertulis Tuan, Idris selamat sampai kat kedai tempat budak itu bekerja. Diabasah kuyup sahaja sebab jalan kaki dari Tega Holding ke sini. Nanti sayahantar dia balik rumah. Tuan jangan risau.  

Pengawal yang menjaga pintu masuk syarikat telah memaklumkan kepada Tuan Qayum bahawa Idris tidak menunggang motorsikalnya tetapi hanya berjalan kaki. Pengawal keselamatan itu turut menyata kebimbangan kerana bunyi guruh telah mula kedengaran dan hujan mulai turun lebat. Namun Idris tiada tanda-tanda mencari tempat berteduh atau berpatah balik. Kakinya terus melangkah perlahan meredah hujan.

“Tak payah risau? Naik gila aku dibuatnnya. “ Tuan Qayum mengomel sendirian. Seram sejuk dia mendengar kata-kata pengawal itu kerana bimbang anaknya itu melakukan apa-apa tindakan membahayakan dirinya sendiri.  Dia masih teringat wajah Dahlia yang hadir ke pejabatnya semalam


“Dahlia, pak cik tahu hubungan Dahlia denganIdris sudah 3 tahun. Hubungan cinta tanpa ikatan pernikahan tidak elok sebenarnya. Sebelum pakcik berbincang dengan Idris dan berjumpa dengan bapa Dahlia secara rasmi, pakcik nak tanya sudikah Dahlia menjadi isteri Idris?

Dahlia Nampak terkejut. Dia menjawab dengan tidak pasti “Saya dah berbincang dengan Idris. Dia faham yang saya belum bersedia mental untuk menjadi isteri Idris.Lagipun saya ada cita-cita yang belum tercapai”

“Dahlia, terus terang pak cikkata, pakcik tak suka cara hidup Idris sekarang. Hampir setiap minggu ke kelabmalam. Pak cik juga dengar-dengar dia sudah mula minum minuman keras. Jadi pakcik tak dapat bagi dia teruskan hubungan dengan Dahlia sebenarnya. Kamu berdua tidak dapat membimbing pasangan kamu kearah yang baik.Kamu hanyut. “


Dahlia menelan air liur. Kali ini muka Dahlia berubah sedikit panik.

“Namun, pakcik bagi peluang. Kamuperlu berkahwin untuk tidak terus hanyut. Mungkin dengan perkahwinan, kamu akan berubah hati melupakan cara hidup kamu kerana kamu akan fokus membina keluarga.Pakcik akan pastikan kamu berdua tidak hanyut dan secara rasmi disini pakcik kata yang pak cik akan bertanggung jawab jaga anak dan menantu pakcik. Dahlia boleh terima?” Tuan Qayum bertanya dengan suara perlahan dan dalam tanda serius.

“Jadi, maksudnya pakcik akan masuk campur dalam kehidupan kami nanti walaupun lepas kahwin?” Dahlia bertanya minta kepastian

“Iya. Pakcik tak boleh berundingmengenai hal agama anak lelaki pakcik . Pakcik kenal hati budi Idris dan pakcik percaya pak cik dapat ubah dia dengan cara yang elok. Tapi , sebelum kamu meneruskan hubungan ini, pakcik kene terangkan tindakan pakcik supaya kamu boleh faham.Kamu kena sama-sama berusaha berubah.”

“Pak cik tak rasa melampau?”Dahlia bersuara setelah beberapa lama terdiam

“Saya yakin, tiada ibu bapa yang akan masuk campur dalam hal peribadi anakya macam ini sekali. Mana boleh pakcik tentukan hidup kami? Mak bapak saya tak pernah masuk campur tentang hal percintaan atau cara hidup saya mahupun Idris. Kami akan berubah bila tiba masanya. Jangan menilai luaran dengan apa yang ada di dalam seseorang” walaupun suara Dahlia lembut, namun kata-katanya agak tajam kedengaran

“Jadi , Dahlia tak setuju?

“Saya belum bersedia jadi isteri Idris”

“Jadi pakcik tak ada apa lagi  hendak bincangkan. Pak cik kena tarik Idris dari hanyut sebelum terlambat” Tuan Qayum menutup cerita . Gaya Tuan Qayum menyebabkan Dahlia gugup. Tuan Qayum secara lembut memberi simbolik bahawa dia akan memisahkan percintaan mereka.

“Kalau pakcik hendak pisahkan saya dengan Idris , saya tak kisah. Yang akan merana adalah anak pakcik sendiri. Pakcik akan seksa dia sebab saya cinta pertama dia.Dia akhirnya akan pilih saya dari pak cik. Jangan sampai pakcik hilang anak lelaki kesayangan pakcik. “ Dahlia mengugut yakin. Entah mengapa dia panik dan tanpa berfikir terkeluar kata-kata yang tidak sepatutnya keluar pada hari itu.

“Dahlia tak bersedia jadi isteri Idris dan  mengubah cara hidup demi Idris. Jadi kita tak akan dapat jalan penyelesaian di sini. “ Tuan Qayum berkata tegas. “ Apa pilihan yang pakcik ada? “ Tuan Qayum mula memancing. Diatidak pasti adakah Dahlia akan terperangkap dengan kata-katanya kerana dia masih tidak pasti tahap percintaan Dahlia pada Idris.

Dahlia terdiam seketika. Akhirnyadia bersuara “  Saya sanggup tinggalkan Idris, dengan syarat , saya dapat biasiswa belajar di School Of American Balletdi New York dari Tega Holdings”

“Kalau saya tak nak?” Tuan Qayumpura-pura bertanya

“Saya tiada pilihan. Saya perluteruskan hubungan dengan Idris walaupun tanpa restu Tuan Qayum . Saya minta maaf. Saya sudah menjadi sebahagian dari hidup Idris sejak kematian isteri Tuan Qayum, Puan Safia”

Terbayang wajah Safia seketika difikiran Tuan Qayum.

“Awak sanggup tinggalkan Idris demi ke biasiswa? Awak tak kisah perasaan Idris?”

“Saya belum ada apa-apa hubungan rasmi dengan Idris. Tentu Tuan Qayum pun tak nak saya melekat dengan anak tuan.Jadi, saya rasa ini yang terbaik “ Dahlia mengugut dengan penuh berkias.

“Tuan Qayum fikirlah elok-elok .Apa yang terbaik.”Dahlia sudah memulas tombol pintu dan bersedia untuk keluar .Tiba-tiba dia terdengar suara Tuan Qayum berkata “ Dahlia, awak tak akan dapat anak saya dan awak tak akan dapat biasiswa itu pun. Awak tidak ikhlas dengan Idris.”

Riak muka Dahlia berubah.

“Awak dah buat kesilapan besar . Anak saya bukan bahan  untuk awak memberi ugutanpada saya. Awak tak layak jadi menantu saya bukan sebab awak miskin atau tidak berpelajaran tetapi awak bukan perempuan baik. Sesiapa dalam dunia ini pun tidak layak untuk jual beli perasaan anak saya ”

Kini giliran dahi Dahlia berkerut. Dia sedikit gentar dengan kata-kata Tuan Qayum.

“Please, help yourself out. Tuan Qayum mengakhiri perbualannya dan terus membuka file untuk  menyambung kerja sehariannya. Dia hanyamembiar mata Dahlia terus kaku memandangnya.


Lamunan Tuan Qayum terganggu apabila mendengar pintu biliknya dibuka dari luar. Susuk tubuh Idris akhirnyakelihatan. Kali ini Idris menunduk ke lantai sambil berjalan masuk ke bilikbapanya. Akhirnya mata mereka bertemu. Idris mengetap bibir sebelum berkata “Abah, Idris dah tiada apa- apa hubungan dengan Dahlia.”


Tuan Qayum melihat mata Idris mula bergenang. Terimbas kembali zaman anaknya itu masih kecil dalam linkungan3-7 tahun . Setiap kali anaknya dalam kesedihan dan matanya mula bergenang, diaakan terus memeluknya seketika dan bertanya “ are you feeling better now?” dananaknya itu akan menjawab “ I feel better now, abah” . Entah kenapa Tuan Qayumterasa seperti dia perlu berbuat sedemikian hari ini setelah sekian lama diatidak pernah melihat anaknya kesedihan.

Tuan Qayum bergegas bangun dan terus menarik anaknya itu dalam pelukannya. Anaknya itu membalas pelukan TuanQayum . Walaupun tidak nampak tangisan anaknya, Tuan Qayum dapat mendengar esakan perlahan Idris.

“ Do you feel better now?” TuanQayum bertanya spontan bila kedengaran tangisan itu semakin perlahan.

“ It hurts so much , Abah. I amnot ok. I cannot breath” Idris membalas dengan suara yang bergetar-getar.

“ I hope your wound will healsoon , son. Allah will  always be withyou.”

Tuan Qayum dapat merasakananggukan Idris di bahunya.



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


“Apalah bodoh sangat engkau ini Dahlia. Aku dah warning kau awal-awal , bapa si Idris tu jahat. Satu Malaysia tahu dia itu licik . Setakat engkau, dia boleh cantas dari hidup Idris”Ridzuan  memarahi  Dahlia.

“Manalah aku sangka orang tua tu merakam apa yang aku cakap. Aku betul-betul tak sangka. “ Dahlia menggeleng kepala tidak percaya.


“ Kalau aku kalah judi lagi lepasini, siapa nak tolong settlekan?” Ridzuan bertanya

Dahlia menjeling papanya. Dia masih ingat lagi macam mana Idris akan membayar hutang judi bapanya keranatakut Dahlia diapa-apakan.  Bukan sekali tetapi 5 kali , Idris sanggup mengeluarkan duit simpanannya untuk menjauhkan Dahlia dari bahaya. Walaupun Ridzuan telah berjanji berulang kali untuk tidak berjudi lagi, itu hanya sekadar janji. Selepas Idris memberi bantuan sekali,Rizuan sudah mula mengambil kesempatan. Setiap kali dia kalah judi dan perlu membayar wang taruhan, dia akan meminta bantuan Idris menggunakan nama Dahlia.


“ I pentingkan nyawa you. I sanggup keluarkan semua simpanan I kalau itu boleh selamatkan you. Kahwin dengan I. I akan protect you dari papa you. ” kata-kata Idris terngiang-ngiang kedengaran di telinga  Dahlia. Dahlia tidak pernah memberi respon kerana dia memang tidak bersedia menjadi isteri Idris.

“ Aku tak peduli. Aku nak si Idris jadi menantu aku .  Kau ingat cukupgaji RM 4000 yang bapa Idris itu tawarkan pada aku sebagai pengurus pengawal keselamatanTega Holdings? Aku terpaksa pindah Johor macam yang dia nak dan aku akan bawa kau sekali macam yang aku dah janji pada dia. Kau kena cari jalan balik macam mana nak menang hati Idris.” Ridzuan berang kerana tindakan bodoh Dahlia. Kini dia telah naik pangkat secara tiba-tiba dan perlu bekerja lebih keras untuk hidup. Dia tidak dapat lagi ponteng kerja sesuka hati atau curi tulang .


Dahlia tidak menangis. Dia hanyakecewa tidak sangka perancangan rapi yang dibuatnya dengan sekelip mata hancur lebur. Dia memerlukan lelaki itu untuk survival lebih daripada untuk bercinta.Dia tidak pernah percaya pada cinta namun dia seperti merasakan kehilangan sesuatu apabila lelaki itu mengukapkan kata putus.


              Pertama kali mata Dahlia tertancap pada wajah Idris adalah pada usia 14 tahun. Dia tidak terpikat langsung dengan wajah Idris yang manis seperti mempunyai kacukan Arab-Melayu walaupun hakikatnya dia tidak mempunyai darah kacukan. Dia lebih tertarik apabila mengetahui Idris adalah anak kepada Tuan Qayum yang sangat terkenal sebagai usahawan Berjaya. Dia sudah memasang cita-cita untuk menarikperhatian lelaki itu satu hari nanti.

              Pertemuan singkat kali pertama itu berlaku ketika majlis berbuka puasa yang dianjurkan Tega Holding untuk perkerja-perkerja berserta keluarga mereka sekali. Pertemuan kali kedua adalah seperti yang dirancang rapi bertahun iaitu melalui kemalangan motornya dengan kereta Idris

Dia masih teringat lagibagaimanda dia tekad untuk melanggar kereta Idris dari belakang dan sanggup terpelanting jatuh..


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Imbas kembali….

BUMPPPP!!! Idris terkejut apabilaterdengar bunyi bonet keretanya dilanggar . Pedal brek ditekan mengejut lantasdia bergegas turun mencari punca. Kelihatan seorang gadis berhelmet sedangmembelek lengan dan kakinya yang mempunyai luka yang tidak begitu serius. Idrismeneliti belakang kereta Myvi yang sedikit remuk kesan dari hentakan motorsikalitu.

“Woi. Buta ke?” Gadis berhelmentmenjerit apabila melihat Idris sibuk membelek bonet keretanya bukan risau akankeadaan dirinya yang telah rebah bersama motor Modenas kriss miliknya.

“Buta? Siapa buta? Nampak apa dahjadi dengan bonet kereta ini?” Idriss mula bersuara. Dia tidak tengking tapi suaranya kedengaran sedikit kuat.

“Kereta penting ke nyawa orangpenting?” Gadis yang masih memakai helmet itu mula menyoal.

Idriss menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia pun pergi mendekati gadis itu yang masih terduduk di tengah jalan raya.

Dengan hanya menjenguk sedikitIdriss bersuara “ Sedikit je tu”

“Sedikit? Tahu tak  habis luka kaki dengan tangan aku.” Dahlia bersuara separuh mejerit. Dahlia akhirnya membuka helmet dan membetulkan rambutnya yang sedikit kusut. Dia dapat melihat mata Idris sedikit terpanamelihat dirinya. Yess yess. Tolonglah terpikat.

Doa Dahlia termakbul. Memang Idris sedikit terpikat melihat wajah Dahlia yang persis pelakon Sariyanti.  Cantik perempuan depan aku ini.

Sedetik kemudian Idris terbangundari lamunan. “ Aku betul-betul tak paham dengan kau ini. Orang bawa motor  , engkau pun bawa motor. Jalan yang punyalengang macam ini pun kau boleh langgar bonet kereta aku. Macam tak logik.Kalau kau lelaki dah lama aku belasah kau sebab confirm kau ada motif langgar bonet kereta aku malam-malam macam ini” Suara Idris terus bernada tinggi keranadia tiba-tiba rasa malu teringat bagaimana dia terpana memandang wajah Dahlia

Memang aku pun ada motif tapi bukan sebab nak rompak kau.

“ Aku nak ganti rugi. Tengok ini.Sakit tau. Serius luka aku ini. Kena pergi hospital.”Dahlia meminta dengan muka bersahaja.

Idris memuka dompet lalumengeluarkan wang kertas berwarna ungu sebanyak 2 keping. “Nah”  Idris menghulurkan duit kepada Dahlia. Tanpamembuang masa Dahlia menyambut helaian duit tersebut lalu dikiranya depanIdris.

“Ahh, takkan RM 200 sahaja. “Dahlia pura-pura kecewa.

“ Hm berapa agaknya kos pembedahan otak kat hospital kerajaan sebab aku rasa engkau ini dah tak waras agaknya.  Kalau kau pergi Klinik cuci luka engkau ini pun tak sampai RM 100. Cukup bersyukur aku tak heret kau pergi balai polis suruh kau bayar kos baiki bonet kereta aku. Sudah , kita tutup cerita” Idris mula melangkah kearah keretanya kembali. Muka sahaja cantik tapi kalau ada peluang ambik kesempatan, memang tak lepas.


Enjin dihidupkan dan kereta terusmeluncur laju meninggalkan Dahlia yang masih terduduk membelek luka dipehanya .Namun mata Idris terpandang pada cermin sisi kanan kereta. Rasa kasihan mulamenular lalu Idris menekan brek . Matanya tidak lepas pada cermin sisi keretanya. Dahlah jarang kereta lalu Lalang kawasan ini. Waktu pun nak masuk maghrib ini. Kalau ada lelaki jahat , habis perempuan ini.


Dia menghentak tangannya di stereng kereta danmenukar gear kepada R mode.


Dahlia sedikit tersenyum apabilamelihat kereta MyVi hitam mula berundur kembali setelah sekian jauh. Aku dah agak, engkau tak akan sekejam itu. Dahlia pura-pura tidak sedar kehadiran Idris mendekati dirinya yang masih terduduk.


“Engkau boleh berdiri?” Idris bertanyadengan nada mendatar

Dahlia hanya menggeleng

Idris menghulurkan tangannya.Tanpa beragak-agak Dahlia menyambut. Dahlia cuba berdiri , namun atas kepedihan luka di pehanya dia hilang keseimbangan badan dan terus terjatuh kehadapan namun sempat disambut oleh Idris secara spontan. Kini posisi mereka seakan berpeluk namun cepat-cepat Idris menjarakkan tubuh badan mereka supaya bahagian depanbadan Idris tidak melekap pada badan Dahlia. Tangannya masih memegang bahuDahlia supaya gadis itu terduduk kembali di atas jalan raya dengan perlahan

“Aku rasa aku tak dapat berdiri.Pedih sangat luka ini” Dahlia mengetap bibir tanda menahan pedih luka.

“ Sikit je pun luka ini. Manja betul. “ Idris mencangkung meneliti luka di lutut Dahlia. Kemeja putih tidak berlengan yang dipakai Dahlia kini mempunyai tompok tompok coklat tanda telah terkena kekotoran debu jalan raya. Di kedua-dua bahagian lengan Dahlia agak teruk berdarah mungkin akibat geseran dengan jalan raya ketika dia terpelanting sedikit akibat momentum kemalangan.Seluar jeans tiga suku yang dia pakainya habis koyak di bahagian lutut dan peha. Di bahagian terkoyak itulahkelihatan  terluka dan dan darah merahtelah mengalir dan membasahi jeans.

              “Sakit untuk perempuan. Mana nak sama dengan lelaki.” Dahlia akhirnya bersuara melihat Idris seperti sedang berfikir
              “Engkaudah tiada pilihan. Aku perlu dukung engkau. Engkau kena percaya pada aku” Idris akhirnya bersuara perlahan secara tidak langsung meminta kebenaran untuk mendukung Dahlia.  Dahlia menyembunyikan kegembiraan hatinya dengan mengangguk serius. Progress lagi bagus dari yang akujangka.







Bersambung ~~~Terima Kasih baca .         

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-11-2019 09:37 PM | Show all posts
          Idris akhirnya mendukung Dahlia . Dahlia memaut kedua-dua tangannya ke leher lelaki itu. Dada Idris berdebar kencang. Selama hidupnya, dia tidak pernah sebegini dekat dengan wanita selain Jasmin, adiknya. Dia cepat-cepat mengusir debarannya dan fokus meletak gadis itu ke tempat duduk  kerusi bahagian belakang Myvinya.
        Sepanjang waktu Dahlia memaut leher Idris, matanya tidak lekang memandang tepat wajah Idris. Dia tahu pandangannya akan membuat  Idris berdebar dan itulah tujuan utamanya. Engkau kena ingat situasi sekarang ini sampai bila-bila supaya engkau tak lupakan aku.

        “Aku bawa engkau pergi Hospital bahagian emergency “ Idris bersuara memecah kesunyian setelah 5 minit memandu.
        “ Takkanlah sampai bahagian kecemasan hospital” Dahlia menjawab perlahan
        “ Amboi. Tadi bukan main lagi sakit. Aku bawa kau pergi hospital , engkau tak nak”
        “Mahal” Dahlia menjawab ringkas
        “ Aku hantar engkau hospital kerajaan”
        “Klinik kan ada?”
        “ So , siapa nak angkat engkau masuk klinik itu. Kau jalan pun tak boleh. Engkau ingat aku ini patung ke? Tak da perasaan. Engkau nak peluk-peluk leher aku ini dan badan aku ini.” Idris berterus terang.
        Dahlia berdiam diri. Dia tiada idea untuk mengelak. Kalau fikirkan setakat luka di lutut dan pehanya itu, berlari pun masih lagi berdaya.

        “Okey. Aku drop kau turun. Apa-apa hal mintak tolong nurse ke doctor itu.” Idris berpesan sebelum berlalu meninggalkan Dahlia di atas kerusi roda yang disediakan di tempat kecemasan. Seorang jururawat telah bersedia untuk menolak Dahlia ke dalam hospital.

        “Bye. Kita akan berjumpa lagi , Tuan Idris” Dahlia berkata didalam hatinya sambil matanya mengekori kereta Idris hingga hilang dari pandangan.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
        Dia memang dah rancang untuk langgar bonet kereta aku malam itu. Jari jemari Idris mula mengurut dahinya.  Dia memang ada niat nak perangkap aku sebab aku anak Tuan  Abdul Qayum. Sudah 2 bulan aku tidak berhubung langsung dengan Dahlia namun kenapa wajahnya ashik tebayang dalam kepala aku ini. Gadis itu sudah beberapa kali datang ke officenya namun tidak pernah dia memberi peluang untuk dirinya bertemu dengan Dahlia. Sudah dipesannya pada setiausaha, Mazni untuk memberi pelbagai alasan apabila Dahlia cuba berkomunikasi dengannya melalui telefon pejabat

       Aku takut dengan reaksi diri aku sendiri jika aku dengar pujuk rayu dia. AKu tahu aku belum kuat.
“Termenung panjang nampak” Tuan Qayum memecah lamunan . Dia dapat mengagak anaknya itu sedang berfikir mengenai siapa.

     Penat 45 minit menaiki flight dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu dan dari Kota Bharu ke Kuala Besut selama 1 jam 30 Minit perjalanan kereta masih tidak hilang sepenuhnya. Tuan Qayum menghirup kopi dihadapannya dengan penuh nikmat.

      “ Idris tengah berfikir pasal project ‘give back to society’ perumahan orang miskin ini. Rasa tiada complain atau problem dari site engineer. Harap semua berjalan lancar” Idris mencari alasan.
Kedai Kopi Pak Samad yang terletak di tengah-tengah kawasan perkampungan nelayan di Kuala Besut ini penuh dengan pelanggan tambahan lagi waktu itu adalah waktu sarapan pagi.

          “ Idris stay sini lagi sampai project perumahan rumah kos rendah selesai.Uruskan apa yang patut sambil tenangkan fikiran. Tinggal sahaja dalam rumah pusaka keluarga Abah. Apa-apa masalah cari Pak Cik Arman , jiran sebelah rumah . Idris tahukan dia kawan baik abah  sejak Abah kecil lagi. Abah dah pesan kat dia tengok-tengokkan Idris” Tuan Qayum cuba mencari topik untuk menghilangkan lamunan Idris yang sudah pasti mengenai Dahlia

           “Okey Abah. Jangan risau. Pandai-pandailah orang hidup dekat sini” Idris tersengih
          “ Carilah jodoh. Mana tahu ada yang sesuai. Perempuan kat sini lemah lembut tau dan baik budi….” Belum sempat Tuan Qayum menghabiskan kata-kata jeritan seorang gadis berkumandang kuat “Mael !!!! aku dah pesan banyak kali dekat kau   jangan ponteng sekolah”

            Nak tersembur kopi dimulut Idris terperanjat kerana gadis itu menjerit betul-betul di belakangnya. Namun Idris belum lagi toleh ke belakang untuk melihat empunya tuan badan.
Jeritan itu disambut oleh seorang lelaki belasan tahun yang sedang duduk dengan sekumpulan lelaki yang bermuka tidak matang namun tidak berpakaian uniform sekolah .  Muka masing-masing sedikit risau kerana kegiatan ponteng sekolah mereka diumumkan secara terang terangan .
         
         “ AKu tak sihatlah kakkkkkk!!!.

         “ Ala, akak ini buat malu aku jerit-jerit macam ini” Mael bersuara
Idris memandang kearah bapanya yang sedang memandang gadis itu yang berada di belakangnya dan menoleh sekilas kearah remaja yang bernama Mael.

       “ Ahh, kau jangan nak temberang.  Balik sekarang . Aku kata balik” gadis itu sudah melangkah ke meja lelaki yang di panggil Mael .

          Kali ini baru Idris dapat melihat susuk tubuh dan wajah gadis yang mempunyai suara nyaring itu. Gadis itu memakai baju tshirt labuh menyembunyikan bentuk tubuh badannya yang kurus dan berseluar track suit besar .  Dengan tudung bawal di ikat belakang, gadis itu kelihatan sungguh selekeh. Malahan mukanya kelihatan sangat penat dan gusar.

        “ Ala, akak ini buat malu aku sahaja jerit-jerit macam ini” Mael bersuara. Rakan-rakannya yang duduk semeja kini telah bangun beransur keluar dari kedai kerana takut mereka pula dikecam kerana ponteng sekolah

         Gadis itu tidak peduli dengan kata-kata adiknya. Dia menarik lengan adiknya dan mengheret adiknya keluar dari kedai itu.
Lama kelamaan suara gadis itu hilang  dari kedengaran. Suasana kian reda kembali.

        “ Apa abah? Sambung balik. Perempuan kat sini lemah lembut dan baik budi apa? ” Tanya Idris mengusik .

         Tuan Qayum menjawab dengan sengihan tanda menyedari Idris mula mengusik kata-katanya.

        “ Ha, semua orang kalau ada adik yang bermasalah akan menjerit macam itu. Tak bermaksud perempuan tadi tak lemah lembut.  “ Tuan Qayum berkata sambil mengangkat keningnya cuba mmempertahankan kata-katanya tadi.

         “Ha, Idris gurau sahajala abah. Usik abah. Idris tak judge pun perempuan tadi.“ Idris menjawab. Dia memberi senyuman pada abahnya dan terus menghirup kembali kopi dicawannya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2019 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambung lg tt
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2019 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm besttt,  segera sambung tt hihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2019 09:54 PM | Show all posts
SAMBUNGAN...

   Idris membuka pintu rumah kampung milik pusaka bapanya. Dengan perlahan dia duduk bersila di tengah-tengah ruang tamu rumah kecil itu. Jam telah menunjukkan pukul 10 malam. Rumah terasa sungguh sunyi kerana Tuan Qayum telah pulang ke Kuala Lumpur  dan malam itu dia perlu tidur seorang diri di rumah kampung itu.
        Dia perhatikan sekeliling rumah itu dengan penuh rasa kagum. Dinding rumah kampung ini diperbuat dari anyaman buluh dan beratapkan nipah. Walaupun diperbuat dari buluh, rumah ini kelihatan kemas dan dindingnya masih utuh dan tiada cacat cela seperti berlubang.  Ini mungkin kerana bapanya yang telah mengupah seorang penduduk tempatan untuk membersihkan rumah ini 2 minggu sekali . Rumah ini kelihatan seperti masih terjaga
        Mereka sekeluarga hanya akan pulang ke rumah ini setahun sekali pada hari raya ke tiga hingga ke lima. Ini adalah masanya dia meluangkan masa dengan Pak cik Arman, rakan baiknya sejak kecil. Pak Cik Arman ada memberi tawaran kepada Idris untuk menumpang dirumahnya sepanjang 1 bulan. Namun, Idris tidak mahu menyusahkan sesiapa.
        Tuan Qayum tiba-tiba teringat yang bapanya pernah berkata bahawa ketika kecil dia hidup serba kekurangan sebagai cucu nelayan. Dato Ahmad sangat sibuk bekerja dan memberi tanggungjawab kepada ibu dan bapa mentuanya menjaga Tuan Qayum sehingga Tuan Qayum berumur 19 tahun. Bila mendengar cerita kesusahan bapanya, Idris berasa pelik. Kenapa Dato Ahmad tidak membantu langsung bapanya yang hidup kesusahan. Sudahlah suruh mak bapak mentua jaga anak yang tentu-tentu tanggungjawabnya, duit pun tak dihulur.
        Apabila soalan itu ditanya kepada bapanya, Tuan Qayum hanya berdiam diri tidak memberi jawapan. Dia pun tidak pernah membangkitkan soalan itu lagi kerana dia tidak pasti apakah impak soalan itu terhadap perasan Tuan Qayum.

        “Ahh, bosannya. Aku kena beli television besok” Idris berbisik pada dirinya sendiri. “Kena upah orang pasang signal siaran television pun.” Idris meningatkan dirinya sendiri. Idris bangun dari tempat duduknya dan mula melangkah masuk ke dalam bilik tidur.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
        “ Amir, kenapa saya nampak macam ada budak tak cukup umur jadi pekerja binaan kita?” Idris bertanya pada Amir yang bertanggung jawab sebagai Pengurus projek yang perlu memastikan projek pembinaan rumah murah berjalan lancar.
        “ Budak itu yang merayu-rayu nak kerja dengan kita, tuan. Budak itu mengaku sendiri dia malas belajar. Kalau dia tak kerja dengan kita pun , dia tetap akan ponteng sekolah. Dia sanggup kita bayar dia murah . Kita pun macam kekurangan pekerja” Amir menjawab sedikit gugup tapi sedaya upaya cuba meyakinkan Idris
        “Saya tak hendak galakkan dia ponteng sekolah. Saya tak hendak bersubahat. Esok saya tak nak tengok dia kerja lagi ikat sini” Idris bersuara tegas.

        “Baik , tuan” Amir mengangguk kepala

        Pergerakan Mael diperhatikan dari jauh. Budak ini yang kena tengking dengan kakak dia hari tu. Apalah liat sangat nak pergi sekolah. Idris teringat kembali muka gadis muda yang kelihatan penat dan muram.  Kalau akak dia tahu dia kerja sini, tak dia mengamuk? Kalau dia report kat polis atau viralkan dalam dunia sosial yang syarikat kita upah berkerja budak sekolah yang tak sampai 15 tahun, habis reputasi syarikat.

        Setelah meneliti kertas kerja pembinaan yang sedang dibangunkan , Idris mendengus tidak puas hati. Dia langsung tidak yakin dengan kredibility dan mutu bahan binaan dari pembekal yang dipilih dari bahagian Jabatan Belian syarikat abahnya. Rasanya, dari senarai quotation yang diterima, dia telah meneliti terlebih dahulu satu-satu  dan membandingkan mutu dan harga bahan binaan supaya bersesuaian dengan tanah pantai sebagai tapak kawasan binaan. Memang pembekal yang tidak bermutu ini telah di pangkah awal-awal .

        Amir selaku ketua jurutera dipanggil masuk ke dalam pejabat kecil sementara yang disewa berdekatan dengan kawasan pembinaan rumah murah.
        Kertas kerja dilemparkan di atas meja sebagai tempias ketidak puashatiannya. Amir gugup.

        “ Saya tak pilih pembekal ini. Saya yang bertanggung jawab memberi keputusan akhir siapa yang patut jadi pembekal bahan binaan dan apasal saya tak  tahu mengenai pertukaran ini?” Idris bertanya perlahan dengan nada tegas. Dia cuba mengawal emosinya.

        “ Pada saat akhir, pembekal yang dipilih tidak dapat bekalkan cukup bahan material seperti yang dijanjikan. Penolong encik yang meminta pertukaran pembekal dan dia hendak syarikat construction ini sahaja jadi pembekal untuk projek ini atas dasar jimat kos sebanyak 30%. Lagipun ini adalah projek “ give back to society” . Dia kata keputusan encik tak kos efisyen.” Amir menjawab dengan penuh hormat

        “Kenapa Encik Roslan tak maklum pada saya? Awak tahu?”Idris bertanya tanpa intonasi

        “ Encik Idris cuti dua hari kerana demam” Amir mengusap hidung sambil bedehem-dehem sedikit . Itu adalah tindakan reflex dirinya cuba berpura-pura tidak tahu  bahawa  Idris sebenarnya kecewa putus cinta. Terima kasih kepada kuasa internet, satu Malaysia akhirnya tahu bahawa Tuan Qayum secara kejam memutuskan hubungan yang berusia 3 tahun anak tirinya.

        “Amir , pandang muka saya” Idris memberi arahan

        “Hati saya mungkin patah …” Idris menghalakan jari telunjuknya kearah dada.

        “Otak saya..” kali ini jarinya menunjuk kearah kepalanya. “Masih boleh bekerja. Saya putus cinta bukan jadi terencat akal. Perkara penting macam ini perlu dimaklumkan pada saya sebab ini reputasi saya. Bahan material ini memang murah , tetapi dia kurang sesuai dengan tanah pasir tapak projek yang berdekatan dengan laut. Boleh tahan berapa lama? “

        Amir memang tahu bahawa tuannya itu memang bercakap tanpa tapis dan sangat tegas. Dari dahulu lelaki ini memang dikenali sebagai lelaki angkuh. Tidak sangka pula lelaki ini secara terang-terangan mengaku dia putus cinta.

        Hari pertama Idris di pejabat kuala besut menjadi hari yang paling tegang . Dia menelefon Encik Roslan dan melepaskan beberapa das kata-kata menyakitkan sampai dia menghempas ganggang telefon. Encik Roslan mungkin lebih tua 5 tahun darinya tetapi itu bukan alasan untuk dia membuat keputusan bodoh tanpa menerima apa-apa amaran.
        Jam telah menunjukkan pukul 5 petang. Idris masih tegang. Dia sanggup mengalami kerugian dari meneruskan pembinaan rumah murah dengan material yang tidak berkualiti . Dia cuba meneliti kos kerugian dan sedang berkira-kira mengeluarkan duit personalnya .
Idris mengurut kepalanya. Dia akan memberi arahan menjual bahan material dengan harga yang murah kepada syarikat binaan lain dan akan menanggung kerugian tersebut secara peribadi. Idris sudah tekad

“Pangggg!!” tiba-tiba pintu masuk dihempas dan satu kelibat wanita masuk meluru ke hadapan meja kerja Idris.
Idris memandang terus ke wajah kelibat itu . Dahinya sedikit berkerut apabila menyedari kelibat dihadapannya adalah gadis selekeh yang jumpainya di kedai kopi tempoh hari.
“ Syarikat tuan dah langgar etika kerana ambil budak bawah umur bekerja. Tuan tahu tak adik saya baru 14 tahun?”Gadis itu tanpa adab menyergah Idris. AKhirnya wajah cemas Amir juga muncul di belakang gadis itu. Amir cuba menenangkan gadis itu namun gagal.
“Ya Allah, Ya Allah” .Idris menggeleng geleng kepalanya kerana dia tidak mampu menanggung lagi satu masalah pada hari ini. Dia teringat kata-katanya pada Amir pagi tadi dan sangkaannya tepat. Memang kakak budak itu akhirnya datang menyerang pejabatnya . Idris melonggarkan tali leher  dengan satu dengusan penat.
Gadis itu terdiam sebentar melihat tindak balas Idris.
        “Amir, apa ni?” Idris bertanya penat. Dia membuat muka keletihan
        “ Maaf tuan. “Amir terus  memandang kearah gadis disebelahnya “ Mawar, kau selesaikan dengan aku bukan dengan Tuan Idris. Bukan dia yang ambil Mael kerja.“Amir menarik lengan gadis itu namun direntap kasar.

        “Ah, aku nak dia tahu. Apa yang syarikat dia buat salah. Jaga polisi syarikat. Macam mana syarikat dia boleh ambil budak bawah umur kerja. Nanti habis semua budak lelaki kat kampung ini tak ada minat belajar. Baik kerja sahaja” Gadis itu memandang sinis Idris

        “ Saudari, tolong selesaikan dengan Amir. Saya kat sini tak boleh tahu adik siapa, nenek siapa atau datuk siapa yang kerja sebagai buruh binaan kat syarikat saya. Banyak lagi masalah saya sekarang. “Idris bersuara dengan nada mendatar

        “ Tuan sungguh tak bertanggung jawab kan?Bukan nak tegur pekerja tuan yang sanggup ambil budak bawah umur bekerja tapi elak dari memberi jawapan. “Gadis itu bersuara
        Amir sudah mengelap peluh didahi yang entah kenapa basah di dalam bilik berhawa dingin.
        Idris menggeleng kepala lagi. Gadis ini seperti tidak tahu adab dan sengaja mencabar kesabarannya. Idris bangun perlahan sambil memandang wajah gadis itu tajam. Sambil memeluk badan dia berjalan menuju kearah Gadis itu yang hanya terpana. Mungkin baru tersedar yang dia telah melebihi had. Idris berhenti betul-betul dihadapan gadis itu dan mendekatkan wajahnya menghampiri wajah gadis itu.

        “ Manusia, bila dia dah tak dapat kawal keadaan hidupnya, dia pun akan cari tempat untuk tunding jari cari kesalahan orang lain.”Idris mula memerli.
        “ Tiada siapa heret adik kau keluar dari sekolah dia pergi ke tapak binaan kerja dengan syarikat akulah. Dia datang dengan suka rela. Merayu-rayu dengan pekerja aku.”Idris berkata tajam
        “ Kau meyalak kat sini pun tak guna. Setakat ini tak ada lagi budak kampung yang kerja dengan aku selain adik kau . Kau kaji dulu siapa yang kau patut marah dan tak patut marah.Kau kata pasal tanggung jawab, kau fikir balik siapa yang gagal jaga adik sendiri sampai jadi kaki poteng sekolah dan sanggup jadi buruh binaan syarikat aku. “
        Tanpa diduga, air mata gadis itu mengalir membasahi pipinya. Gadis itu kelihatan sangat terkesan dengan kata-kata Idris. Gadis itu berpaling dan terus berlari keluar dari pejabat Idris.
        Idris hanya mampu mencebir bibir. Dia malas hendak melayan lebih lanjut perkara itu. Ada banyak lagi masalah bermain difikirannya.

        Amir hanya tergamam melihat adegan yang berlaku dihadapannya.
        “ Awak kenalkah perempuan itu?”Idris menjeling memandang Amir.
        “ Iya. Saya minta maaf. Salah saya. Saya akan pastikan perkara macam ini tak akan berulang.”
        “Okey. Kalau jadi lagi. Saya akan pecat awak” Idris memberi kata putus. “Macam-macam” dia berkata perlahan sendirian.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 04:33 PM GMT+8 , Processed in 0.083896 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list